5 Tempat Menarik di Singapura Wajib Singgah
TARIKANSeptember 05, 2017 - 10:39 AM
Raya dah habis tapi tak mengapa Malaysia masih lagi banyak cuti yang akan datang. Minggu depan ada cuti lagi. Jadi buat mereka yang mencari-cari destinasi untuk melancong terutama di hujung minggu kami sediakan beberapa tempat menarik untuk anda lawati jika ke Singapura.
Tak jauh pun dari Malaysia. Negara jiran ini memang banyak tempat yang menarik untuk di lawati. Walaupun keadaan ekonomi mereka jauh lebih tinggi dari kita, namun jika pandai mengatur bajet kita masih lagi mampu untuk menikmati percutian di Singapura dengan abjet yang minimal.
Berikut merupakan antara 5 tempat menarik yang anda boleh pergi jika bertandang ke negara seberang tambak itu.
5. Gardens by the Bay
Terletak di kawan teluk Singapura, Gardens by the Bay adalah sebuah taman futuristik yang luas dan berwarna-warni. Lokasi yang popular dengan struktur pokok gergasi atau Supertree ini mempunyai jambatan terapung yang menawarkan aktiviti "skywalk" terletak 22 meter di atas udara yang merupakan aktiviti yang sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak.
Di sini juga terletak The Flower Dome, rumah hijau iklim-terkawal terbesar di dunia. Rumah hijau ini menawarkan pelbagai jenis fauna yang sangat indah dan menarik serta dibuka bermula jam 9 pagi hingga 9 malam. Jika anda ingin bersiar-siar di sini, tiada sebarang caj dikenakan, kecuali jika ingin masuk rumah hike Juga merupakan lokasi yang sempurna untuk mengambil gambar, taman ini dibukan bermula jam 9 pagi hingga 11 malam.
Tarikan lain di Gardens by the Bay adalah Cloud Forest, Art Sculptures, Heritages Garden dan banyak lagi.
4. Chinatown
Ia merupakan sebuah kawasan rumah kedai Peranakan yang berwarna-warni dan penuh dengan sejarah. Terdapat 4 bahagian utama di sini iaitu Kreta Ayer, Telok Ayer, Tanjong Pagar dan Bukit Pasoh, namun tempat paling menarik adalah di sekitar Smith dan Pagoda Streets. Di sini anda boleh lawati kuil lama Hokkein iaitu Thian Hock Keng, Masjid James serta Kuil Hindu Sri Mariamman, serta gerai makanan tepi jalan dengan pelbagai pilihan.
Dan jika anda seorang yang suka membeli-beli, Chinatown adalah lokasi yang wajib dilawati anda. Harganya juga dikatakan agak murah berbanding lokasi lain. Jika anda sukakan sejarah, anda juga boleh lawati Chinatown Heritage Centre. Tarikan dan fokus di Chinatown adalah pendatang-pendatang asing daripada China yang berpindah ke sini dan merupakan kumpulan utama yang dijumpai di Singapura.
3. Universal Studios Singapore
Bukan sahaja merupakan tarikan yang sangat menarik di Singapura, tetapi di dunia. Universal Studio Singapore satu-satunya cawangannya di Asia Tenggara dan merupakan salah satu francais Universal Studio daripada 5 cawangan di dunia termasuk di Hollywood, Jepun, Korea Selatan, dan Florida. Dan bagi rakyat Malaysia, lokasi ini adalah yang paling hampir.
Taman tema yang terletak di Resorts World Sentosa di Pulau Sentosa Island ini sangat sesuai untuk dilawati oleh semua lapisan umur, namun lebih menarik kepada kanak-kanak. Juga terdapat roller-coaster bagi golongan remaja dan dewasa.
2. Clarke Quay
Kompleks bercahaya yang terletak di sepanjang sungai ini juga merupakan salah satu tarikan utama. Sangat sesuai dijadikan lokasi makan malam romantik bagi bagi pasangan atau keluarga yang terletak betul-betul di tepi Sungai Singapura. Bagi mereka yang suka membeli belah, terdapat juga kedai-kedai yang menawarkan item-item menarik di sini. Juga terdapat lawatan dengan menaiki bot di sepanjang sungai ini untuk melihat kehidupan malam di sini yang mempesonakan.
Di sinilah lokasi yang paling sempurna untuk melihat bangunan-bangunan, arca, monumen serta muzium peninggalan koloni terdahulu, atau dengan menaiki bot dengan harga RM28 bagi dewasa dan RM12 bagi kanak-kanak. Lawatan bot sepanjang sungai ini juga memberikan peluang kepada anda melihat kehidupan malam di sini yang mempesonakan.
1. Marina Bay
Memang tak sah melancong ke Singapura kalau tak melawat tarikan utamanya iaitu Marina Bays yang menelan belanja kos mencecah RM23 billion. Infrastruktur ikonik yang sangat mempesonakan ini menjadi perkara wajib untuk disinggahi dan menjadi lokasi penggambaran yang paling popular di Singapura, lebih-lebih lagi waktu malam.
Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan disini termasuklah membeli-belah, Sand Sky Parks, Wonder Full (pertunjukan cahaya), makan di restoran yang eksklusif serta melawat muzium sains seni paling dengan binaan menakjubkan. Kalau anda tak singgah di sini, mungkin anda tak pernah melancong ke Singapura.
Sumber: Singapore Guides, Gardens by the Bay. iluminasi.com
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah