Keindahan Koh Rong Memukau, Rupanya Ada Tempat Secantik Ini Di Cambodia!
TARIKANJune 26, 2019 - 05:02 PM
Terletak di kawasan Teluk Thailand, ramai yang tak sedar yang sebenarnya di Cambodia sebenarnya mempunyai sebuah tarikan yang berbentuk pulau atau pantai yang sangat cantik.
Diangkat sebagai ‘syurga’ yang akan meningkat naik suatu hari nanti, keunikan Koh Rong ini terletak pada perairannya, pemandangan serta deretan pokok palm yang ada disepanjang pantai dan ini menyerlahkan ‘sisi cantik’ negara Cambodia yang tak ramai ketahui.
Disebabkan pulau ini agak besar, ada empat perkampungan di sini selain terdapat 28 pantai yang mengelilingi pulau tersebut. Kalau nak diikutkan, perkampungan atau tempat yang selalu dituju adalah Koh Toch.
Cara Ke Koh Rong?
Kalau nak diikutkan, Koh Rong merupakan pulau kedua terbesar di Cambodia selepas Koh Kong. Namun cara ke sini hanya boleh menggunakan bot dari jeti di Serendipity yang terletak di Sihanoukville.
Perjalanan menggunakan bot mengambil masa 90 minit dan bot akan berhenti di sebuah pulau kecil iaitu Samloem sebelum sampai ke Koh Rong. Buat masa ini, Air Asia ada sediakan penerbangan terus ke lapangan terbang Sihanoukville.
Cuba jugak tengoh harga flight tadi, lebih kurang RM124 untuk penerbangan sehala ke Sihanoukville. Kemudian korang perlu mengambil feri yang berharga $22 (~RM92).
Aktiviti Menarik
Dah nama pun berada di pulau, biasanya kita akan banyak habiskan masa ditepi pantai untuk menikmati pemandangan indah bak lukisan yang terbentang.
Selain itu, boleh juga lakukan ‘beach hopping’ yang mana korang akan dibawa ke pantai-pantai yang berlainan. Boleh juga nak berjalan kaki, cuma kena lalu laluan hutan lah.
Macam yang kitorang sebut tadi, kawasan popular disini adalah di Koh Toch. Ini merupakan kawasan yang paling banyak atau pilihan para pelancong yang ke Koh Rong. Sini juga boleh dikatakan kawasan party jugak lah, agak ramai dan muzik yang kuat selain banyak tempat penginapan.
Kalau nak lebih ketenangan, boleh cuba ke Long Set Beach, Coconut Beach atau Sok San Long Beach. Nak ke Samloem pun boleh.
Tips
#1. Bawa duit tunai sama ada dalam Riel atau USD dari Sihanoukville. Sebabnya, disini tiada mesin ATM. Dinasihatkan korang bawa Riel sebenarnya, sebab bila guna USD, diorang akan cas mahal.
#2. Bawa kasut bertutup. Ini kalau korang nak pusing-pusing atau jalan-jalan sekitar pulau ni. Sebabnya, keadaan persekitaran dan muka bumi dia agak berbukit.
#3. Tiada kereta. Ye, walaupun pulau ni menjadi tumpuan pelancong, kawasan ini sebenarnya tidak membangun atau tidak dibangunkan sangat lagi. Jadi, jalan yang ada kebanyakannya tanah merah dan tiada kereta. Motorsikal mungkin ada, tapi basikal memang confirm ada sebab ianya merupakan medium utama diorang di sini bergerak.
Menarik kan? Tak mahal sangat pulak tu. Tunggu kami update tempat tinggal murah dan pantai-pantai yang menarik di Koh Rong ni.
Kredit : GoAsiaPlus
PILIHAN EDITOR
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah