Keunikan Una Una, Pulau Berasal Dari Gunung Berapi Di Sulawesi, Indonesia
TARIKANApril 12, 2019 - 05:01 PM
Una Una merupakan sebuah pulau di kawasan Sulawesi Tengah, Indonesia dan terletak di paling hujung antara 56 pulau lain yang berada di Teluk Tomini. Uniknya Una Una ini adalah ia merupakan satu-satunya pulau gunung berapi di Indonesia dan mempunyai pelbagai cerita menarik disebaliknya.
Kalau nak diiukutkan, Pulau Una Una ini terhasil oleh pengerasan lava gunung berapi daripada Gunung Colo dan ia pernah ditinggalkan tanpa penghuni pada tahun 1983 apabila terdapat ancaman letusan gunung berapi yang dasyat, lalu penduduk di sini lari ke tanah besar.
Menurut lagenda tempatan, ketika semua penduduk meninggalkan pulau tersebut ada seorang lelaki sahaja tinggal di pulau tersebut. Pintu rumahnya ditutup rapat, tingkap dikunci dan berselindung dengan gulungan tikar buluh tebal. Perbuatannya itu telah menyelamatkan dirinya dari letusan gunung berapi. Namun,beberapa bulan kemudian beliau meninggal semasa bekerja di Ampana.
Pulau Una Una kembali tidak berpenduduk sehinggalah beberapa tahun baru ada yang berani untuk mendiami pulau ini. Namun, ada hikmahnya iaitu keindahan persekitaran marin di pulau ini tidak terusik dan ia diwartakan sebagai taman laut yang dijaga rapi.
Kenapa Perlu Ke Una Una
Dalam banyak-banyak pulau di Indonesia, sememangnya Una Una antara yang paling cantik untuk dilawati. Sejak dua tahun lalu, kekerapan bot untuk ke pulau ini telah ditingkatkan dan banyak resort dan tempat penginapan telah didirikan untuk menerima pelancong.
Keadudukan pulau Una Una yang agak terpisah dari pulau lain secara tak langsung memberikan kelebihan dari segi tidak terjejas dengan aktiviti harian penduduk dan nelayan. Dikhabarkan, terdapat lebih kurang 35 kawasan diving dengan terumbu karang yang tidak terusik dan penuh dengan kepelbagaian hidupan marin.
Kalau nak diikutkan, sekarang ini memang kurang yang ke sini disebabkan dua lokasi diving yang terkenal sekitar sini iairu Kadidiri dan Bomba.
Untuk ke Una Una, ia boleh dimasuki melalui Utara atau Selatan Sulawesi. Lapangan terbang yang terdekat adalah Ampana tetapi kena menaiki penerbangan domestik. Kalau dari Malaysia, naik flight ke Makassar sebelum ke Ampana. Kendian naik bot ke Wakai, pekan utama di kepulauan ini.
Penerbangan ke Makassar makan masa 3 jam, dari Makassar ke Ampana / Luwuk menggunakan penerbangan domestik 1 jam setengah, itu belum nak ke jeti lagi. Hehe. Agak payah sikit nak ke sini, sebab tu dia cantik tak berusik.
Sumber | Tourism Indonesia
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah