Masih Single? Ini Tempat Yang Anda Patut Pergi Menurut Airbnb

JALAN-JALAN
February 22, 2019 - 03:30 PM


Selalunya, bila tanya soalan “kenapa kau taknak travel” mesti ramai yang akan jawab, “tak ada geng/kawan”. Sebenarnya kan, kalau korang tergolong dalam kalangan ni, jangan risau. Ini boleh dikatakan masalah biasa yang kita temui bila sembang pasal travel ni.

Ada beberapa sebab kenapa ramai yang memilih nak travel sekurang-kurangnya berdua. Satu, faktor keselamatan. Lagi satu, nak save bajet. Yelah, setidaknya perbelanjaan pengangkutan, penginapan ape semua boleh dikongsi.

Kalau korang nak cuba travel seorang diri, atau cuba solo travelling, sebenarnya ada banyak tempat yang korang boleh pegi dan, tak semestinya bila sebut travel tu, kita perlu ke luar negara. Berjalan dalam Malaysia saje pun dah kira travel dah.

Untuk korang yang single dan nak cuba travel secara berseorangan; ini ada beberapa destinasi yang korang patut tuju menurut Airbnb :

#1. Sydney, Australia

Selain korang boleh ‘layan’ perasaan tengoh pemandangan malam di sekitar Sydney Opera House, korang boleh lepak di Bondi Beach. Bondi Beach ni antara pantai yang popular jugak seluruh dunia. Selain pada tu, kawasan Sydney sendiri ada banyak perkara yang korang boleh explore.

Perjalanan di bandar Sydney jugak senang. Dengan pengangkutan awam yang lengkap dan efisien, korang tak perlu risau sesat atau susah nak berkomunikasi.

 

#2. Bali, Indonesia

Pelik kan? Kebiasaannya, bila sebut Bali je, orang akan fikir berbulan madu, tempat romantik. Tapi, sebenarnya Bali nib oleh dikatakan destinasi yang ‘serba-boleh’.

Kalau nak nature, boleh ke kawasan Ubud. Kalau nak pantai, boleh ke Kuta. Itu belum masuk dengan bangunan dan tempat-tempat bersejarah yang korang boleh pegi.

Paling best, sewa motorsikal, pusinglah kepulauan Bali tu.

Baca : Pengalaman Solo Trip Ke Ubud, Bali - RM500 Sahaja

 

#3. Ho Chi Minh City, Vietnam

Orang yang single ni, biasanya jiwa dia berseni sikit. Kalau korang minat pasal kebudayaan, selain daripada ke Bali, korang boleh ke Ho Chi Minh City. 

Baca : Tempat Menarik Untuk Anda Yang Pertama Kali Ke Vietnam

Singgah ke pasar Ben Thanh, atau korang boleh melawat Terowong Cu Chi. Terowong ni digunakan masa perang dulu.

Macam ni lah keadaan dalam Chu Chi ni - Ini Replika/Model

 

#4. Bangkok, Thailand

Walaupun makanan Thai dah banyak dekat Malaysia, tapi setidaknya korang kena ke sana untuk rasa yang original. Kalau ke Bangkok, ada banyak tempat-tempat menarik yang korang boleh lawati di Bangkok sebenarnya.

Paling best, korang lepak lah dekat Chatuchak Market. Antara pasar malam yang terbesar dunia jugak tu.

 

#5. Pulau Jeju, Korea Selatan

Ha, kalau yang minat K-drama tu, korang mesti tahu yang Pulau Jeju ni adalah salah satu tarikan ‘wajib’ singgah kalau ke Korea.

Selain banyak tempat yang ‘insta-worthy’, Jeju ni boleh dikatakan tempat nature yang best kalau korang jenis berjiwa minat ke alam sekitar. Oh ye, Café pun banyak tau kawasan Jeju ni. Cubalah salah satu.

Nama cafe ni ialah Cafe Woljeongri Lowa.

 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah