Panduan Permohonan Visa Ke China Secara DIY
TRAVELApril 26, 2018 - 12:13 PM
Nak melancong ke China? Apa yang korang perlu sebagai langkah pertama adalah visa. Yes Negara China memerlukan visa untuk kita sebagai Rakyat Malaysia untuk ke sana. Kalau tak nak buat visa korang boleh ke Macao. Masuk Macao tak payah visa.
Complicated sangat ke nak buat Visa China ni? bagi aku visa ke US lagi susah nak buat. Jom ikuti langkah untuk dapatkan visa China. Dapatkan visa baru boleh booking tiket penerbangan.
Di Mana Tempat Untuk Memohon Visa Ke China
1. Pejabat Visa China ada 2 di Malaysia, iaitu di Kuala Lumpur dan Kuching.
2. Sesiapa nak buat visa China di Kuala Lumpur dan nak naik public transport, senang sahaja. Kalau dijadikan stesen LRT Masjid Jamek sebagai permulaan/transit, naik LRT Putra dan turun di stesen Ampang Park.
3. Jalan kaki ke Hampshire Place ni tak sampai 10 minit dan berdekatan dengan Menara Tokio Marine (sebagai landmark).
4. Keluar dari stesen then pusing kepala ke kiri/kanan, pastikan KLCC di sebelah kiri anda.
5. Nampak Menara RHB, pergi ke situ, dongak kepala nampak menara Tokio Marine. Langkahkan je kaki ke sana. InshaAllah sampai.
6. Kalau susah jugak, gunakan Waze confirm sampai.
Proses Permohonan Visa Ke China
Proses buat visa tak susah dan sekejap sahaja. Sampai di Menara RHB, masuk dan naik lif ke aras 5. Keluar lif terus jumpa pejabat Chinese Visa Application Service Center.
Beratur dan bagi semua yang diperlukan untuk pegawai semak, dan lepas tu anda akan diberikan nombor giliran. Rezeki saya walaupun agak lewat (jam 9 lebih baru sampai), tapi tak ramai sangat orang dan kaunter banyak yang beroperasi.
Hanya tunggu seorang dan tak sampai 5 minit, dah dipanggil. Serahkan dokumen, pegawai semak sekali lagi, tanya sikit-sikit (contoh single/double entry), dan kita diberikan slip sebagai bukti semasa ambil visa.
Urusan selesai dalam tak sampai 10 minit. Visa pula siap dalam tempoh 3/4 hari bekerja dan di slip tertulis tarikh boleh ambil.
Bayaran single entry visa adalah sebanyak RM88.30. (Kalau visa tak lulus tetap perlu bayar untuk ambil passport).
Dokumen Yang Diperlukan Untuk Memohon Visa Ke China
Proses di pejabat visa ni memang agak lancar dan tak banyak masalah. Kemudian, saya juga dah isi siap-siap borang secara online di website dan kemudian cetak. Jimat penggunaan dakwat pen dan mudah nak edit semula jika ada kesilapan.
Jangan risau sebab detail yang kita isi di web juga akan disimpan selama 30 hari sebelum dipadam. Tambahan, dokumen yang diperlukan masa nak buat visa:
i. Borang permohonan (4 helai kesemuanya)
ii. Passport asal dgn tempoh sah laku lebih 6 bulan
iii. Salinan muka hadapan passport (yang ada gambar dan detail kita)
iv. Sekeping gambar pasport saiz biasa dan background putih/biru
v. Salinan tiket flight return
vi. Salinan hostel/hotel (not compulsory sebab mereka pulangkan semula yang saya attach)
Selamat Melancong!
-KeN_The_Traveler
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah