Tarikan Popular Kurobe – Tateyama Alpine Route Hanya Dibuka April Hingga November
JALAN-JALANBermula 16 April hingga November, laluan popular sepanjang 90km Tateyama – Kurobe Alpine Route yang menyambungkan Tateyama dan Shinani-omaci (Nagano) akan merentasi gunung dilitupi salji, gaung, kawasan air panas dan pemandangan cantik gunung-ganang.
Laluan Tateyama – Kurobe Alpine Route ni sebenarnya terbahagi kepada 9 bahagian dan setiap bahagian boleh dilalui dengan pengankutan yang berbeza. Ada berkeretapi, kereta kabel dan ada yang berjalan kaki. Kalau betul nak rasai pengalaman ini, dinasihatkan untuk buat tempahan terlebih dahulu.
Kalau nak diikutkan, kedua-dua arah boleh dilalui, cuma yang biasa dilakukan adalah laluan sehala bermula dari Toyama dan Nagano. Maklumat penuh boleh dirujuk di laman web alpen-route. Tapi, kena kental, memang berjalan saje dekat sini. Nasihat kami, hantar dahulu beg ke hotel. Ada caranya diceritakan di website tadi.
Dari segi harga, untuk satu perjalanan keseluruhan adalah ¥10,850 (RM 398) ataupun perjalanan pergi dan balik ¥18,260 (RM670). Kalau mahal sangat, mereka juga ada menjual tiket mengikut sektor. Misal kata dari Toyama, taknak terus ke Nagoya, boleh patah balik ke Murodo ¥6710 (RM246).
Perjalanan mula seawal 9 pagi di Stesyen Toyama menggunakan Toyama Chiho Line ¥1290 (RM47), bermula dengan perjalanan menariki kereta kabel ke Bijoudaira selama 7 minit.
Selepas tu, perjalanan naik bas sampai ke Murodo selama 50 minit melalui Midagahara Kogen. Dekat sini korang boleh berhenti rehat dan berjalan kaki selama 15 minit untuk tengok Kaldera Tateyama, kawah gunung berapi terbesar yang tidak aktif lah tapi.
Biasanya jalan di sini akan dilitupi salji tebal, jadi bantuan jentera akan digunakan untuk menolak salji ketepi dan ini membentuk terowong salji.
Selepas Murodo, korang akan berjalan lagi sekitar 20 minit untuk sampai ke Jigokudani Onsen, kolam air panas Hell Valley.
Kalau nak cabaran, boleh terus ke puncak O-yama (3003m) untuk menlihat pemandangan yang cantik. Tapi, pendakiannya curam lah.
Kalau dah rasa nak sambung perjalanan, naik ‘trolley bus’ melalui Tateyama-dake sejauh 3.7km untuk ke Daikanbo, dalam 10 minit. Jalan kaki selepas itu dalam 500 meter untuk sampai ke Kurobe-daira, dekat sini cantik. Boleh berhenti untuk nikmati pemandangan.
Selepas itu, gunakan kereta kabel ke Kurobeko bawah tanah untuk sampai ke Kurobe Dam.
Kemudian, kembali naik trolley bus tadi sejauh 5.8km melalui terowong untuk sampai ke Ogizawa. Dari sini, ambil bas ke Omachi onsen-kyo selama 40 minit, selepas tu, sampai lah ke Stesyen Nagano dalam 90 minit.
Selesailah perjalanan dan adventure Tateyama-Kurobe Alpine Route.
Sumber : Lonely Planet | Alpen Route
Aktiviti dan Tempat Menarik Di Toyama, Jepun
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah