Universal Beijing Resort - Taman Tema Terbesar Di Asia Kini Dibuka!
JALAN-JALANSeptember 20, 2021 - 05:48 PM
Selepas melalui fasa persiapan dan pembinaan selama 20 tahun -- akhirnya Universal Beijing Resort (UBR) mula beroperasi sepenuhnya dan dibuka kepada pengunjung secara rasmi hari ini (20 September).
Dengan perasmian UBR tersebut, ia turut menandakan para pelancong kini boleh menikmati kemudahan seperti taman tema, CityWalk dan hotel persiaran Beijing Universal Studio.
Diberi jolokan sebagai mercu tanda baharu Beijing, UBR menghimpunkan pengalaman hiburan klasik taman tema universal terkenal dari seluruh dunia termasuk Harry Potter, Jurassic World dan Transformers.
Ia juga menggabungkan beberapa elemen kebudayaan China termasuk Kung Fu Panda, 12 Zodiak Cina selain menyajikan destinasi pelancongan budaya yang mengasyikkan seperti filem blokbuster khusus untuk pelancong dalam atau luar China.
P/S: Nanti kalau dah boleh travel ke Beijing, bolehlah korang masukkan UBR ni dalam wishlist jenjalan sana! Hehehe...
Sumber: BERNAMA
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah