Weekend Getaway - Jom Meriahkan Karnival POP UP di Seremban November Ini
JALAN-JALANAda yang dah mula merancang nak pergi mana hujung minggu ni? Kalau belum ada, kami nak sarankan korang terutamanya warga kota, untuk ramai-ramai turun ke Seremban hujung bulan November ni! Sebab apa? Sebab nanti akan ada karnival besar-besaran anjuran IJM LAND di Seremban yang dinamakan Karnival Pop-Up !
Karnival ini akan berlangsung pada 17 & 18 November 2018 (Sabtu & Ahad) di IJM Land Seremban 2 Sales Gallery!
Apa benda Karnival Pop-Up ni?
Karnival Pop-Up ni merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh IJM LAND bagi meraikan penduduk tempatan terutamanya mereka yang tinggal dan memiliki rumah di Seremban 2. Namun, acara ini tidak terhad kepada mereka yang berada di Seremban sahaja. Ianya terbuka kepada semua yang ingin hadir. Acara ini juga diadakan sempena cuti dan jualan hujung tahun bermula. Boleh dikatakan Pre Holiday lah.
Paling best tu, masuk adalah PERCUMA!
Pelbagai acara akan diadakan sepanjang Karnival ini berlangsung. Jadi inilah masa untuk diluangkan bersama keluarga tersayang. Boleh bawa anak-anak sekali sebab dekat sini banyak permainan disediakan. Dah macam taman tema pun ada. Mesti seronok budak-budak kalau datang sini. Mak ayah yang dah lama berjanji nak bawa anak-anak berjalan bolehlah turun ke Seremban 2 nanti.
Dengan tema berkelah di dalam taman pasti membuatkan ianya salah satu aktiviti terbaik untuk korang buat di hujung minggu. Sambil-sambil tu boleh lah tengok-tengok projek di bawah IJM LAND sekali. Sebab nanti kat sana akan ada promosi penghabisan stok untuk rumah-rumah di bawah IJM LAND. Bukan setakat promosi malah korang akan dapat rebate juga.
Bagi mereka yang merancang nak ke Port Dickson tu pon, dah alang-alang boleh singgah di Seremban. Negeri Sembilan ni banyak sebenarnya tempat yang menarik boleh pergi. Bukan Port Dickson je ye. Sebab tu kalau beli kediaman di Seremban ni tak kan rugi. Sesuai di jadikan tempat tinggal, dari KL pun tak jauh sangat. Nak beli rumah area KL memang harga gila-gila tinggi. Jadi pilihan terbaik adalah di Seremban.
POP UP Store
Pelbagai POP UP store atau gerai-gerai akan disediakan termasuklah food truck, pelbagai jenis kelas kraf tangan, printing t shirt, kaunter derma darah, pelbagai jenis permainan termasuklah Arcade mesin, ruangan bergambar (kalau jenis suka muatnaik gambar kat Instagram kat sini juga akan disediakan dekorasi khas Instagrammable) dan banyak lagi lah. Kena datang tengok sendiri.
Workshops
Workshops pula akan diadakan pada hari ahad (18 November 2018) bermula dari jam 10 pagi sampailah 5 petang. Antara workshops yang menanti korang adalah cara untuk membuat bakul, Les Dyer DIY, lukisan, pelbagai jenis seni kreatif, DIY slime dan juga cara mencanting batik. Penyertaan hanya akan di buka kepada 10 peserta yang terawal sahaja. Jadi kalau berminat sila datang awal ye.
Doodle Art, DIY Art & Craft
Kelas Kraf Tangan
Ni buat mereka yang kaki seni, bolehlah kalau nak asah bakat kan. Mana tahu kot-kot ada bakat terpendam. Kalau ada anak-anak yang minat seni pun sesuailah bawa diorang ke sini. Bagi mereka yang tahu buat doodle tu bolehlah join doodle contest nanti. Hadiah menarik disediakan untuk pemenang. Link pendaftaran doodle contest : https://goo.gl/forms/4oy3jUDi3QWVC0tP2
Makan-Makan
Kaki makan semua wajib datang sebab pelbagai gerai makanan yang ada, makanan semua jenis menguji keimanan untuk diet.
Live Performances
Kalau ada karnival mesti tak sah kalau tak ada live performances kan. Dua hari berturut-turut akan ada live band, 24 Festive Drums, Diabolo dan juga Clown Comedy Show. Kira 2 hari memang penuh dengan aktiviti yang korang boleh buat. Sambil luangkan masa dengan keluarga boleh juga berhibur.
Cabutan Bertuah
Akhir sekali sudah tentu akan ada cabutan bertuah, hadiah pula memang menarik. Tapi untuk cabutan bertuah ni, hanya layak kepada mereka yang mendaftar sebagai pembeli property IJM LAND sahaja.
Jadi, korang yang datang nanti bolehlah tengok-tengok sekali property dibawah IJM Land ni. Mana tau ada yang berminat nak menetap di Seremban 2 ke sebab masa karnival nanti, akan ada tawaran menarik untuk mereka yang mendaftar dan ada juga rebate sehingga RM10,000* ye.
*Terma dan syarat.
Untuk Maklumat Lanjut
Contact: 1800-222-456
Whatsapp: +601135017456
Event page : https://www.facebook.com/events/279965539309813/?event_time_id=279965552643145
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah