7 Tempat Makan Halal Harus Anda Cuba Jika Ke Osaka!
MAKANDi Jepun, Osaka merupakan bandar metropolitan kedua yang popular selepas Tokyo dan tak hairanlah ia sering menjadi pilihan destinasi percutian oleh pelancong antarabangsa termasuk rakyat Malaysia.
Kalau anda ke Osaka, jangan risau untuk mencari makanan halal kerana kota itu terkenal sebagai syurga makanan yang mesra Muslim sehingga diberi jolokan "Dapur Negara" Jepun!
Berikut senarai tempat makan halal di Osaka yang boleh anda cuba sekiranya bercuti ke sana :-
#1. MATSURI
Siapa penggemar Takoyaki atau sejenis makanan yang dibuat daripada adunan tepung yang sememangnya menjadi juadah paling digemari dan terkenal di Jepun?
Kalau anda salah seorang yang gilakan Takoyaki, anda harus singgah ke 'Matsuri' yang dibuka berhampiran dengan Stesen Noda. Jika menaiki keretapi hanya mengambil masa 3 minit dari Stesen Umeda dan Osaka.
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Ahad (11 pagi - 2 petang & 5 petang - 11 malam)
Alamat: 3-27-17 Yoshino, Fukushima Ward, Osaka
#2. BULLS
Restoran BULLS terletak di tingkat 5 Bangunan Osaka City Air Terminal (OCAT) dekat Stesen JR Namba.
BULLS sangat popular di kalangan pengunjung Muslim kerana di sini anda boleh menikmati hidangan menu khas Osaka seperti 'Kushikatsu (sate goreng) dan Sukiyaki'.
Semua daging dan bahan-bahan perasa yang dihidangkan di restoran ini adalah halal, malah mereka juga tidak menjual sebarang masakan yang mengandungi babi dan alkohol.
Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Rabu Minggu Ketiga (11 pagi - 3 petang & 5 petang - 10malam)
Alamat: OCAT Bld. 5F, 1-4-1 Minato-machi, Naniwa-ku, Osaka-shi, Osaka
Halal Gourmet Japan: https://www.halalgourmet.jp/restaurant/708
#3. RAMEN HONOLU
Teringin nak makan ramen di Osaka? Jangan risau sebab anda hanya perlu berjalan kira-kira 10 minit sahaja dari Stesen JR Namba dan Stesen Nankai Namba untuk menikmati hidangan ramen yang sedap lagi halal!
Restoran Ramen Honolu ini sangat terkenal di kalangan pelancong Malaysia dan Indonesia.
Ingat ya kalau anda makan di Ramen Honolu ni, jangan lupa sediakan duit syiling yang banyak kerana pembayaran ramen di sini menggunakan 'vending machine'.
Waktu Operasi: Dibuka Setiap Hari (11.30 pagi - 2.30 petang & 5.30 petang - 9.30 malam)
Alamat: 2-5-27 Motomachi, Naniwa Ward, Osaka
#4. LAOX DAIMARU SHINSAIBASHI
Anda nak beli ole-ole halal dari Osaka untuk keluarga dan rakan-rakan?
Cuba anda pergi ke sebuah kedai yang bernama 'Laox Daimaru Shinsaibashi' kerana di sini ada dijual pelbagai produk buatan Jepun yang mendapat sijil pengiktirafan halal seperti Samurai Ramen UMAMI dan Kari Jepun.
Bestnya di kedai cenderamata ini juga ada tersedia ruang solat khas untuk lelaki dan wanita.
Waktu Operasi: Dibuka Setiap Hari (10.30 pagi - 9 malam)
Alamat: Dalam Daimaru Shinsaibashi, 1-7-1 Shinsaibashi-suji, Chuo-ku, Osaka-shi, Osaka
#5. KENNY ASIA
Restoran Kenny Asia ini juga merupakan restoran makanan halal yang menghidangkan makanan asli Malaysia yang boleh anda nikmati di sini.
Antara hidangan yang disediakan adalah laksa, rojak, nasi ayam, teh tarik serta banyak lagi.
Restoran halal ini berada di Dotonbori – Namba diusahakan oleh pasangan dari Malaysia. Kebanyakan pelancong Malaysia yang beragama Islam akan singgah ke restoran ini bagi menjamu selera hidangan klasik rakyat Malaysia.
Untuk mencari restoran ini mudah sahaja kerana di luar restoran terdapat bendera Malaysia yang digantung berkibar menunjukkan kebanggaan rakyat Malaysia.
Waktu Operasi: Dibuka Setiap Hari Kecuali Isnin & Rabu (4 petang - 12 tengah malam)
Alamat: 1-7-25 Sennichimae, Chuo-ku, Osaka 542-0074, Prefektur Osaka
#6. SANUKI U-DON
Jika anda baru sahaja mendarat dari pesawat di Osaka dan perut terasa lapar, anda boleh menikmati hidangan Jepun di dalam bangunan terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai.
Restoran Sanuki U-don ini menyediakan hidangan mee udon berkonsepkan layan diri di mana anda perlu bergerak dari kaunter ke kaunter, mengisi dulang anda dengan semua jenis hidangan seperti udon dalam sup, bola ikan, tempura, inari (tauhu goreng yang berasap dengan nasi), nigiri (bebola nasi) dan banyak lagi.
Waktu Operasi: Dibuka Setiap Hari (11 pagi - 10 malam)
Alamat: Di Dalam Kuukou Minami Noren, Kansai International Airport Terminal 1, 2F, 1 Senshukukoukita, Izumisano-shi, Osaka-fu 549-0001
#7. NARITAYA
Restoran Naritaya ini antara restoran yang menyediakan ramen halal di Osaka dan ia sering menjadi persinggahan ramai setelah membeli belah di kawasan sekitar berdekatan Shinsaibashi.
Selain ramen, terdapat menu lain yang boleh anda cuba dan rasa yang begitu memikat hati seperti bento yang pastinya lazat. Anda boleh memesan bento dalam bentuk bungkusan dan dibawa pulang ke hotel anda.
Waktu Operasi: Hari Biasa (11 pagi - 3 petang & 5 petang - 10 malam)
Sabtu & Ahad (12 tengah hari - 10 malam)
Alamat: 1-7-23, Higashishinsaibashi, Chuo-ku Osaka-shi, Osaka 542-0083
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah