Buat Sendiri Bubble Tea Di Rumah Dengan Kit DIY Bubble Milk Dari Tealive Ini!
MAKANSepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung yang akan memasuki minggu ke-3 minggu hadapan, pastinya ada yang sudah mula inginkan makanan – makanan atau minuman yang hanya boleh didapati di kedai.
Sepanjang tempoh ini, ramai juga yang mulai berkongsikan resepi masakan atau yang paling ramai kongsi adalah pembuatan kopi viral Korea iaitu Dalgona Coffee.
Dalam banyak – banyak benda, sepertinya ada ‘kekurangan’ sedikit iaitu Bubble Milk Tea!
Sedar akan perkara itu, Tealive baru – baru ini melancarkan penjualan kit DIY Bubble Milk Tea mereka untuk kita menikmati minuman kegemaran ramai ini di rumah.
Walaupun sekarang ini, kita masih boleh lakukan pesanan atas talian untuk secawan Bubble Tea, tapi, apa salahnya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang menggalakkan kita berada di rumah ini untuk cuba sendiri membuat minuman ini di rumah.
Untuk peminat bubble tea, diinspirasikan oleh Bang Bang Milk Tea Tealive, setiap kit DIY Bubble Tea keluaran mereka ini didatangkan dengan 1KG pearl, 3 botol / kotak susu MilkLab, 20 straw bersaiz besar, 550g gula perang dan hojicha serta Nishio Matcha yang diimport. Setiap kit dijual pada harga RM150.
Difahamkan, setiap kit Tealive DIY Bubble Milk Tea ini; anda mempunyai pilihan untuk membuat 20 cawan minuman Bang Bang Brown Sugar Coffee Espresso atau Bang Bang Brown Sugar Matcha Latte dan untuk kedua – dua minuman ini, turut disediakan resepi untuk membuatnya di dalam kit tersebut.
Kebiasaannya, kit ini dijual keluar negara tetapi untuk kali ini, ia dijual untuk peminat mereka di Malaysia. Untuk pesanan, mudah sahaja; anda hanya perlu membuat pesanan di Instagram CEO Tealive sendiri iaitu Bryan Loo dan kit ini akan dihantar dalam masa 7 hari.
Menarik kan? Kalau nak cuba, boleh lah buat pesanan kit diy anda disini.
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah