Dari Jalanan Kini "Abam Satay" Lebar Sayap Hingga Perniagaan Katering

MAKAN
May 27, 2019 - 03:32 PM


Siapa sangka bermula dengan hanya membakar sate orang di tepi jalan, kini anak muda ini sudah mampu berbangga dengan perniagaan restoran, penghantaran makanan dan juga tempahan katering satenya sendiri.

Tidak mahu hanya bergantung kepada bekalan sate orang lain, Fazrin Izuan atau lebih dikenali sebagai “Abam Satay” berusia 31 tahun ini berusaha menghasilkan resepi satenya sendiri bersama kuah kacang istimewa sebagai pelengkap hidangan.

Mula menjual sate di dua bazar Ramadhan di Seksyen 13 & 17, Shah Alam, ternyata ia merupakan percaturan rezeki yang diatur Tuhan buat dirinya yang nekad meninggalkan bidang pengiklanan untuk fokus dalam perniagaan.

Ramai pelanggan yang menyukai rasa dan tekstur Abam Satay yang disifatkan mereka sebagai sate yang lembut, tanpa lemak dan sangat berjus.

Lebih istimewa sate daging yang dijual adalah daripada bahagian terbaik iaitu daging batang pinang yang empuk bagi memberi peluang kepada semua pelanggan tanpa mengira peringkat usia, muda ataupun tua untuk menikmati keenakkan Abam Satay.

Bagi kuah kacang pula, Abam Satay menggunakan ramuan 3 jenis gula berbeza, cili kering terbaik yang dimasak antara 5 hingga 6 jam serta 2 jenis kacang untuk tesktur dan kepekatannya.

Selain menjual sate yang telah dimasak seperti sate ayam, daging, kambing dan perut, Abam Satay yang kini beroperasi di sebuah kedai makan di Setia Alam, Shah Alam, Selangor turut menawarkan sate sejuk beku atau frozen.

Selain sate, kalau korang singgah menjamu selera di kedai Abam Satay jangan lupa untuk memesan 5 menu hidangan yang boleh tahan sedapnya seperti Sup Gearbox Morocco, Sup Tulang Ketagih, Roti Telur Goyang, Daging Salai Masak Lemak Cili Padi dan Mee Kari mereka. Memang terangkat!

Sup Gearbox Morocco
Sup Tulang Ketagih
Roti Telur Goyang
Daging Salai Masak Lemak Cili Padi
Mee Kari

Menjelang Aidilfitri ini, tak lengkap rasanya kalau tiada hidangan sate untuk keluarga dan tetamu yang datang berhari raya.

Bagi memenuhi permintaan pelanggan setianya, Abam Satay turut membuat perkhidmatan katering raya di sekitar Lembah Klang dan Selangor, bermula dari Hari Raya ke-4!

Kepada yang menempah awal untuk slot katering raya, Abam Satay memberikan tawaran diskaun 10 peratus, tau! Menarik, kan? 

Untuk tempahan katering raya atau info lanjut, korang boleh ke Facebook @abamsatay atau hubungi nombor 011-6111 9501 atau 013-830 3943.

ABAM SATAY

Waktu operasi:  5.30 petang - 1 pagi (Selasa - Ahad)

Waze: Abam Satay Official

No. 10-GF, Jalan Setia Perdana AY U13/AY,

Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor.

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah