Kenali Potongan Steak Anda

MAKAN
October 29, 2018 - 04:37 PM


Kenali Potongan Steak Anda

 

Memang sekali sekala dapat makan western syiok jugak tapi bila bukak menu tengok ada macam-macam potongan daging. Bukan semua daging lembu sama je ke? Semestinya tidak. Mari kita terangkan satu-persatu sebagai rujukan anak cucu. Secara amnya ada 4 jenis potongan daging yang dibuat steak.

 

  1. Tenderloin
    • Ni sebenarnya dalam Bahasa Malaysia di panggil Batang Pinang. Memang bahagian daging paling lembut dan mudah dimasak. Harganya pun pasti tinggi dari bahagian lain. Antara nama-nama lain dalam menu restoran ia juga dipanggil Filet Mignon, Châteaubriand atau Filet. Nama je berbeza tapi bahagiannya sama sahaja.
  2. Sirloin
    • Nama lain yang digunakan adalah New York Strip, Top Loin, Manhattan. Bahagian ini datangnya dari bahagian belakang lembu lebih kurang dua jengkal dari hulu ekor lembu. Tenderloin juga dari bahagian ini tetapi jauh lebih dalam. Jadi Sirloin adalah lapisan atas dari Tenderloin.
  3. T-Bone
    • Potongan ini datangnya juga dari bahagian belakang lembu. Atas sedikit dari Sirloin tetapi ada tulang berbentuk T yang membahagi daging. Tidak semahal Tenderloin dan Sirloin tetapi masih lembut.
  4. Rib Eye
    • Seperti namanya, potongan ini datang dari bahagian pangkal tulang rusuk. Dipotong keseluruhannya tanpa tulang dengan kandungan lemak sederhana. Jika dipotong dengan betul memang lawa bentuk nya.

Tetapi punyalah besar seekor lembu kenapa bahagian ini sahaja yang digunakan buat steak?
Ini adalah kerana hanya bahagian-bahagian tersebut sahaja yang cukup lembut dan mempunyai rasa yang bagus dijadikan steak. Bahagian lain boleh digunakan tetapi agak liat bila dimasak dan sememangnya lebih sukar untuk dimakan.

Edisi seterusnya kita akan bercerita tentang Jenis-Jenis Daging Steak.

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah