Resipi Salad Rolls with Green Sauce 'Mak Kau Hijau'!
MAKANTime PKP ni asyik beli je, try buat resipi ni. Senang je!
Buat sesiapa yang selalu nak cuba vietnamese rolls, atau seangkatan dengannya, mesti dah lama teringin nak cuba tapi tak tahu bagaimana nak buat. Biasanya orang akan makan dengan bahan-bahan raw atau mentah, tapi min tahu tak semua rakyat minat makan pelik-pelik.
Di sini min kongsi, jadi korang kat rumah selalu selain makan benda sama atau beli, boleh lah cuba dengan bahan-bahannya sangat mudah didapati.
*Min cuba sendiri dan olah sedikit dari resipi asal untuk Green Sauce.
Bahan-bahan Salad Rolls:
- Rice paper (Bahagi 2)
- Crabstick (Rendam dalam air dalam beberapa minit)
- Salad
- Timun (potong panjang halus-halus)
- Lobak merah (sagat memanjang)
- Air suam
Cara-cara:
- Basahkan rice paper dengan air suam. Hanya celup-celup penuh sahaja.
- Letakkan crabstick yang sudah direndam atas rice paper.
- Susun mengikut turutan. Salad-Timun-Lobak Merah dan 1 lagi crabstick yang tidak dibuka gulungannya atas rice paper dan crabstick tadi.
- Gulungkan perlahan-perlahan dengan padat.
- Belah 2 untuk mudah makan dan boleh dimakan!
Bahan-bahan Green Sauce:
- Daun ketumbar dan akarnya
- 3 Bawang putih
- 6 Cili hijau
- Jus limau kasturi
- Mayonis
- 3 sudu sos ikan
- Gula kabung siam atau gula melaka
- Ajinamoto
- Air masak
Cara-cara:
- Pastikan basuh dahulu sayuran.
- Masukkan semua bahan dalam blend bersama air sedikit dan kisar kesemuanya.
- Air jangan terlalu jangan nanti terlalu cair.
- Dah siap boleh hidang dalam mangkuk kecil dan siap!
Kredit: Senz Ahmad (Facebook)
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah