WOP PIzza - Jom Makan Neapolitan Pizza Asli Di Sri Hartamas

MAKAN
November 19, 2020 - 04:02 PM


Pizza merupakan salah satu makanan yang sangat disukai oleh orang ramai di Malaysia. Dan rakyat Malaysia siap berdebat lagi pizza mana lagi sedap antara 2 restoran pizza yang terkenal di Malaysia, Domino's atau Pizza Hut. Tapi korang tahu tak di Itali, pizza asli mereka agak lain berbanding di negara kita. Apa agaknya rasa pizza tersebut ya?

Jangan risau, korang boleh cuba sendiri pizza tersebut di WOP Pizza! Restoran ini menggunakan oven kayu di mana mereka meletakkan pizza di dalam ketuhar tersebut selama beberapa minit sebelum bawa keluar. Kalau korang selalu tengok video masakan di Youtube atau TV, korang mesti perasan yang pizza asli di Itali tidak meletakkan apa-apa topping pun di atas.

Macam tu jugalah pizza yang terkenal di WOP Pizza ini dibuat. Korang boleh tengok sendiri gambar di atas dan sudah pasti korang akan terliur dan teringin nak makan pizza tersebut. Tapi kalau korang inginkan topping juga, jangan risau. Restoran ini ada menyediakan beberapa menu yang sesuai dengan selera dan tekak orang Malaysia. 

WOP Pizza ini dibuka pada tahun 2015 oleh Ikmal dan Azara. Dan segala bahan yang digunakan dalam pembuatan pizza mereka adalah fresh dan handmade ya. Mereka mengambil masa 1 tahun tau untuk memastikan resipi dough mereka perfect untuk customer! Neapolitan Pizza ni memang terkenal di Itali tapi agak susah untuk cari yang halal di sana.

Jadi dengan keadaan kita yang tak boleh nak travel ke luar negara ni, apatah lagi cari pizza halal di sana, korang boleh datang ke WOP Pizza yang terletak di Sri Hartamas, Kuala Lumpur. Mereka juga memperkenalkan menu baru setiap tahun bagi memberi kelainan kepada pelanggan mereka. Jadi korang memang tak akan jemu makan pizza di sini. Selamat menjamu selera!

Alamat: Plaza Damas, H-0-8, No 60, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 11 pagi hingga 9 malam setiap hari

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah