8 Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Menempah Airbnb
JALAN-JALANUntuk jimatkan bajet ketika melancong terdapat terlalu banyak pilihan yang ada zaman sekarang. Tinggal untuk pilih sahaja.
Untuk tempahan tempat tinggal dan hotel terlalu banyak pilihan yang ada. Salah satu contoh pilihan yang popular untuk dapatkan tempat tinggal yang selesa dan murah adalah melalui airbnb.
Namun ramai yang tidak tahu akan keburukan airbnb sebenarnya. Ianya bukan keburukan sangat pun tapi lebih kepada sisi gelap.
Ini 8 perkara yang perlu tahu sebelum korang tempah airbnb.
1. Kerosakan Harta Benda
Walaupun host telah diberikan jaminan terhadap harta benda mereka sekiranya berlaku segala kerosakan daripada pelanggan, masih terdapat kes yang dimana pihak Airbnb membayar kurang daripada jumlah kerugian yang dihadapi host.
2. Pelanggan Tidak Mahu Meninggalkan Kediaman
Terdapat kes pelik dimana pelanggan membuat kediaman host seperti kediaman mereka sendiri dan lebih menyeramkan apabila mereka enggan meninggalkan kediaman host. Kes seperti ini menuntut host untuk melantik peguam bagi menyelesaikan hal ini dan kos tersebut perlu ditanggung sepenuhnya oleh host.
3. Tiada Jaminan Keselamatan Fasiliti
Berbeza dengan industri perhotelan, Airbnb tidak memerlukan pemeriksaan keselamatan seperti alat pemadam api, pintu kecemasan, pengesan karbon monosida, pengera amaran kebakaran, dan pancutan pemadam api. Hal ini menyebabkan pelanggan terdedah dengan bahaya sekiranya berlaku bencana dan kes kematian pernah dilaporkan disebabkan masalah ini.
4. Gambar Iklan Tidak Jujur
Jurugambar akan dipanggil untuk mengambil gambar kediaman host untuk diiklankan di laman Airbnb. Hasil gambar dan penerangan tentang ruang yang host telah sedia untuk diiklankan tidak memaklumkan tentang ciri – ciri keselamatan di premis mereka. Di sini pelanggan tidak mendapat maklumat lengkap tentang keselamatan kediaman tersebut.
5. Diskriminasi
Ciri – ciri Airbnb dalam menemukan host dan pelanggan adalah dengan mewajibkan kedua-dua pihak melampirkan data peribadi umum beserta gambar . Terdapat diskriminasi dimana pihak host menolak untuk menerima pelanggan yang berbeza bangsa dan hal ini tidak berlaku di perhotelan komersial.
6. Kapitalis Bandar
Hasil keuntungan host melalui Airbnb adalah lebih tinggi berbanding menyewakan kediaman mereka kepada penyewa bulanan. Masalah berlaku apabila kadar harga sewaan disesuatu tempat meningkat lebih tinggi kerana pemilik kediaman enggan menyewa kepada penyewa bulanan kecuali mereka menerima harga sewaan bulanan yang tinggi dari penyewa.
Terdapat juga individu yang menyewa keseluruhan kawasan kediaman seperti di apartment dan dijadikan sewaan kepada Airbnb dimana hal ini menyebabkan kejiranan yang tidak terlibat dalam Airbnb terganggu dengan aktiviti pelanggan Airbnb yang ‘menceroboh’ privasi kawasan kejiranan tersebut.
Di New York, Airbnb di apartment telah diharamkan tetapi masih mereka masih beroperasi secara haram.
7. Pembunuhan Terancang
Servis dalam talian ini juga memudahkan perancangan pembunuhan dilakukan oleh pembunuh dimana liabiliti pembunuhan tersebut terdedah kepada host.
8. Rekod Buruk Dikuburkan
Kesemua perkara di atas telah, pernah dan bakal terjadi di dalam operasi Airbnb tetapi pihak mereka tidak menyatakan secara umum bagi mengekalkan keyakinan host dan pelanggan mereka. Jadi kepada mereka yang ingin menjadi host dan pelanggan Airbnb, buatlah pilihan dengan bijak.
--------
Walaupun begitu aku tetap masih memlih airbnb sebagai tempat untuk menempah bilik semasa travel!!!!
Artikel di petik dan diolah dari Video Adam Ruins Everything – Why Your Airbnb May Be ILLEGAL , sila tonton untuk lebih faham
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah