Inilah Bern, Kota Pelancongan Musim Sejuk Paling Popular Di Instagram
JALAN-JALANHujung tahun tiba lagi dan pada masa ini ramai yang mengambil peluang bercuti bersempena dengan cuti hari Natal dan juga tahun baru.
Dalam pada itu, destinasi yang menjadi kegilaan dan pilihan pada musim sejuk ini pastilah ke negara yang sedang mengalami musim itu dan juga salji.
Memetik laman CNN, ternyata ada beberapa destinasi 'musim sejuk' yang sering menjadi pilihan pelancong di seluruh dunia dan seterusnya popular dikunjungi.
Jika dilihat pada laman sosial seperti Instagram, terdapat jumlah foto dan video yang tinggi untuk hashtag #Bern iaitu satu destinasi pelancongan hebat terletak di Switzerland.
Nyata sekali ia merupakan pilihan tertinggi sebagai destinasi kegemaran ramai bagi menghabiskan cuti musim sejuk. Ia sekaligus mengalahkan antara pesaing utamanya seperti pergunungan Aspen di Amerika Syarikat, pergunungan Charmonix di Perancis dan sebagainya.
Ternyata kota Bern ini banyak kelebihannya dan tak hairanlah ia begitu terkenal di Eropah. Sepanjang tahun lalu sahaja sebanyak 19.9 juta pelancong sudah menjejakkan kaki ke sini.
Menerusi laman Instagram ini juga pelbagai info yang bakal anda dapati berkenaan kota Bern termasuklah tempat menarik, keindahannya dan sebagainya.
Malah CNN melaporkan hashtag #Bern sahaja telah membanjiri laman sosial dengan lebih 1 juta kali hashtag, manakala di tempat kedia hashtag #Aspen dengan 930 ribu kali hashtag.
Jadi bagi mereka yang ingin mencuba menjejakkan kaki ke destinasi percutian musim sejuk, Bern mungkin telah membuatkan anda jatuh cinta. Kan?
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah