Nak Join Marathon Atau Fun Run, Elakkan Buat Benda Macam Ni Sebelum Larian Anda…

SUKAN
January 11, 2018 - 06:49 PM


Berlari sememangnya aktiviti yang paling mudah untuk dilakukan. Hanypa perlukan kawasan larian ataupun trek yang sesuai ataupun boleh dilakukan dalam kawasan kejiranan rumah kita. Selain itu, kita hanya perlu gunakan kasut yang sesuai.

Namun, sekiranya anda ingin mendapatkan larian yang berkualiti atau inginkan perasaan yang selesa semasa berlari, cuba elakkan 5 perkara yang dikongsi oleh jurulatih larian ini.

 

#1. Regangan Setempat

Kebanyakkan daripada kita belajar regangan daripada sekolah rendah lagi semasa kelas latihan jasmani atau PJK. Tetapi, kebanyakkan daripada teknik tersebut dikatakan dah lapuk. Kajian terkini menunjukkan bahawa teknik regangan setempat bukanlah yang terbaik untuk pelari.

Sebaliknya, lakukan regangan dinamik untuk memanaskan badan.

 

#2. Makan Terlalu Banyak

Ini semestinya tidak digalakkan. Walaupun pelari digalakkan untuk melakukan carbo loading, tetapi jika anda makan terlalu banyak dan dah tentu makanan tersebut akan berada dalam perut anda semasa larian.

Proses pencernaan akan berlaku secara perlahan semasa larian, hal ini akan menyebabkan kita mengalami kekejangan pada perut dan lebih teruk lagi, tidak mampu teruskan larian.

JIka sesi larian pada awal pagi, anda boleh skip makan. Tetapi bergantung pada jarak larian anda juga. Jika sesi larian pada waktu petang atau malam, pastikan anda makan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum larian.

 

#3. Kurang atau Terlebih Minum Air

Jangan minum air terlalu banyak sebelum larian. Air tersebut tidak akan dihidrat dengan cepat dan anda akan rasakan kocakan air semasa larian.

Cara paling efektif adalah minum air sepanjang hari secara normal sehari atau pada hari larian. Kalau boleh elakkan minuman berkafein ataupun minuman tenaga yang terlalu manis. Kedua-dua minuman ini akan memberikan kesan kepada badan.

Lihat warna air kencing anda untuk tentukan jumlah air yang sepatutnya anda minum. Jika terlalu pekat/gelap, minumlah air kosong. Jika terlalu cair atau hampir jernih, itu tandanya anda minum air berlebihan.

 

#4. Tidak Ke Tandas

Jika anda boleh catatkan segala aktiviti larian serta aktiviti ke tandas anda, itu adalah yang terbaik! Seharusnya, berhenti minum air 30 minit sebelum larian dan buang air sebelum keluar rumah.

Kalau boleh, elakkan minuman berkafein kerana kafein akan membuatkan perut anda rasa tak selesa dan anda akan rasa nak ke tandas je…

 

#5. ‘Faham’ Badan Anda

Elak terlebih berlari. Fahami tubuh badan anda dahulu.

Sekiranya anda berasa sakit atau penat, berhentilah. Rehat untuk sehari sebelum berlari semula.

Apa-apapun, ia akan bergantung kepada umur dan sejarah kesihatan. Fitness dan larian adalah sesuatu yang perlukan komitmen. Ambil masa anda dan gunakan cara yang paling baik untuk anda.

 

Sumber : Runner World

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah