Archos Lancarkan Skuter Elektrik Pertama Dengan Sistem Google Android
GAYA HIDUPNama Archos ini mungkin tidak atau jarang didengari oleh kita namun ia merupakan salah satu syarikat yang sering membuat pelbagai inovasi dan merevolusikan pasaran barangan elektronik. Selain itu, syarikat yang berpangkalan di Perancis ini menghasilkan tablet Android dan telefon pada harga mampu milik.
Sempena dengan Mobile World Congress yang bakal diadakan di Barcelona pada hujung bulan ini, Archos dikatakan akan memperkenalkan model terbaru skuter elektrik keluaran mereka.
Archos Citee dan Archos Citee Power disasarkan kepada semua peringkat umur untuk memudahkan perjalanan seharian. Bakal berada di pasaran pada April 2018, harga permulaan skuter elektrik ini ialah € 400 (RM 1925) manakala untuk model Arthos Citee Connect pula akan dijual pada harga € 500 (RM 2400).
Berbaloi Ke Beli Skuter Berharga Rm2400 Ni?
Okay, kami akan terangkan kenapa harganya sampai mencecah ribuan ringgit.
- Citee Connect dilengkapi bateri sebesar 6000 mAh
- Jarak Operasi sehingga 22 Kilometer
- Kelajuan Maksimum 25 km/j
- Mempunyai sistem navigasi yang telah di ‘build-in’
- Touch skrin 5”
- Processor Quad-Core, 8GB Memori dan 1GB RAM
- Dilengkapi jaringan 3G untuk mengakses pelbagai aplikasi dan servis semasa perjalanan
Memang patutlah harga dia macam tu. Ada yang berminat ke? Tapi rasanya mesti ada dan dia akan jadi satu fenomena macam hoverboard jugak nanti.
Ni salah satu model lama keluaran mereka...
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah