5 Tempat Menarik di Singapura Tanpa Perlu Berbelanja Besar
TARIKANApril 11, 2018 - 04:53 PM
Betul ke melancong di Singapura mahal? Check balik! Banyak destinasi kat Singapura boleh di lawati tanpa perlu berbelanja besar.
Jom kita lihat senarai top 5 destinasi yang menarik boleh di lawati di Singapura.
Muzium Artscience
Kerdipan ribuan lampu dalam sesebuah ruang membuatkan anda berada seperti di angkasa lepas. Itu antara pengalaman yang dapat dirasai jika berkunjung ke Muzium Artscience.
Terletak berdekatan bangunan ikonik, Marina Bay Sands, Muzium Art Science menawarkan persembahan cahaya memukau dimana pengunjung akan dibawa menyelusuri empat bahagian pameran iaitu; nature (alam semulajadi), town (bandar), park (taman), dan space (ruang).
Mengangkat tema ‘future world’, pengunjung berpeluang meneroka kreativiti seni pencahayaan, sains, seni bina, media dan teknologi.
Bagi ibu bapa yang membawa anak-anak bercuti, muzium artscience tempat yang sangat berbaloi untuk meluangkan masa!
- Alamat: 6 Bayfront Ave, 018974 Singapura
- Waktu operasi: Dibuka setiap hari (10 pagi - 7 malam)
Clark Quey
Terletak di tengah-tengah bandar dan dikelilingi dengan restoran dan bar yang menawarkan pelbagai menu makanan barat, daerah kolonial Singapura ini lokasi terbaik untuk berhibur pada hujung minggu.
Clark Quey yang terkenal sebagai pusat perdagangan pada abad ke-19 kini telah berubah wajah dimana pengunjung boleh menikmati pemandangan waktu malam melalui Singapore River Cruise yang menjanjikan pengalaman mengujakan!
Anda boleh dapatkan tiket di kaunter yang terletak berdekatan dek pada harga $25 untuk dewasa, $15 untuk kanak-kanak dan bot klasik ini akan membawa anda mengembara ke beberapa lokasi popular seperti Merlion Park, Marina Bay Sands, Clifford Pier dan Raffles Landing Site melalui perjalanan selama 40 minit.
Singapore River Cruise dibuka dari 9 pagi hingga 11 malam. Kami cadangkan anda menaiki bot pada waktu malam kerana pemandangan jauh lebih menarik dan cuaca juga tidak begitu terik!
Gardens By The Bay
Lupakan kesibukan bandar buat seketika dengan menikmati pemandangan tumbuh-tumbuhan hijau di Gardens By The Bay!
Bangunan berbentuk seperti cengkerang ini membolehkan pengunjung menikmati pelbagai jenis tumbuhan dan belajar serba sedikit mengenai biodiversiti selain berpeluang melihat air terjun tertutup yang tertinggi di dunia!
- Alamat: 18 Marina Gardens Dr, 018953 Singapura
- Waktu operasi: Dibuka setiap hari kecuali Isnin (9 pagi - 9 malam) indoor garden, (5 pagi - 2 pagi outdoor garden.
Lorong Haji (Haji Lane)
Salah satu lokasi paling menarik yang wajib anda kunjungi adalah lorong Haji atau lebih dikenali sebagai Haji Lane.
Bagi anda yang suka ber-OOTD, lorong haji juga merupakan spot terbaik untuk anda potretkan gambar kenangan kerana di sini terdapat banyak dinding dengan lukisan mural menarik.
Di sini juga terdapat banyak kafe-kafe moden dan hipster yang menawarkan pelbagai hidangan makanan yang pastinya menjilat jari!
Di sebelah malam pula suasana di sini lebih meriah dengan persembahan live band dari artis-artis tempatan. Sesuai buat anda yang nak relax dan chill dengan kawan-kawan.
Bagi mereka yang kaki shopping, lorong haji adalah ‘best one-stop spots’ untuk anda kerana di sini ada menawarkan pelbagai jenama pakaian tempatan yang stylish & cool selain cenderamata untuk dibawa pulang! Paling penting, harganya berbaloi-baloi berbanding jika anda membeli-belah di bahagian bandar.
Little India
Fakta menarik mengenai Singapura adalah ia memiliki kawasan kejiranannya yang pelbagai dan memiliki sejarah tersendiri.
Alang-alang dah sampai ke Lorong Haji, apa kata anda mengembara ke Little India dan Arab Street yang terletak bersebelahan je dengan lorong haji.
Little India di Singapura ini boleh dikatakan sama seperti Brickfields di Kuala Lumpur.
Kebanyakkan barangan yang dijual di sini adalah barangan seperti sari, kendi dan barangan tradisi masyarakat hindu.
Arab Street
Di Arab Street pula banyak gerai-gerai kecil yang menjual barangan yang diimport dari Parsi seperti karpet, tekstil, batu permata dan beberapa kraftangan lain.
Bagi anda yang meminati barangan dari timur tengah, Arab Street pastinya syurga beli-belah buat anda!
Muzium kamera vintage Singapura
Bagi penggemar barangan vintage terutamanya kamera jangan terlepas peluang untuk ke Vintage Cameras Muzeum Singapura yang terletak di Jalan Keledek, di kawasan kejiranan Arab Street.
Menariknya di sini, ia mempamerkan lebih 1,000 koleksi kamera vintage dari abad ke-19 hingga kini.
Selain pameran, di sini juga terdapat pelbagai lukisan 3D khas buat anda yang gemar bergambar!
Tips mudah!
Singapura memiliki sistem pengangkutan awam yang sangat baik!
Anda hanya perlu membiasakan diri dengan peta metro agar anda tidak mengalami sebarang masalah untuk bergerak dari satu bahagian bandar ke bahagian berikutnya.
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah