Jenis-Jenis Kemeja-T Yang Patut Setiap Lelaki Ada

GAYA HIDUP
May 30, 2018 - 04:38 PM


T-shirt atau kemeja T boleh dikatakan sinonim dengan golongan lelaki, dan sentiasa menjadi pakaian pilihan tak kiralah untuk berjalan-jalan ataupun bersantai.

Walaupun agak simple, sebenarnya t-shirt juga mempunyai pelbagai jenis. Dan untuk para lelaki, korang kena ambil tahu 5 jenis kemeja T ini.

 

#1. Undershirt

Undershirt ternyata mempunyai fungsinya yang tersendiri. Namun tak ramai yang ambil peduli tentang undershirt ni. Mungkin kerana ia dipakai di dalam sama seperti singlet, maka tidak ramai yang memilikinya.

Kebiasaannya, undershirt mempunyai ukuran yang muat-muat dengan saiz tubuh badan dan ia berfungsi bagi mengurangkan bau badan dan mengurangkan kesan peluh, terutamanuya pada bahagian belakang badan dan bawah lengan.

 

#2. T-shirt

T-shirt atau dipanggil regular t-shirt semestinya salah satu jenis yang banyak dijual di pasaran dan juga menjadi pilihan utama para lelaki lagi-lagi untuk aktiviti santai.

Pemilihan t-shirt haruslah bersesuaian dengan warna kulit selain daripada fabrik yang selesa. T-shirt kebiasaan hadir dengan pelbagai design, corak dan juga warna, makai a memudahkan korang untuk mix and match.

Ada dua pilihan kolar pada t-shirt iaitu v-neck atau crew neck. Pemakaian v-neck adalah sesuai sekiranya anda mempunyai otot yang tegap manakala untuk korang yang kurang tinggi, pilihlah crew neck.

 

#3. Polo Shirt

Siapa sangka, kemeja yang dipakai oleh lagenda tennis Rene Lacoste yang hakikatnya direka khas untuk pemain tennis pada tahun 1926 itu menjadi popular sehingga hari ini. Selain menampakkan ciri-ciri yang versatile, polo shirt juga nampak kemas.

Sama dengan pemilihan t-shirt biasa tadi, pemilihan baju polo haruslah bersesuaian dengan warna kulit. Polo shirt boleh dilepaskan atau boleh juga dimasukkan ke dalam seluar untuk kelihatan separa professional.

 

#4. Henley Shirt

Kemeja Henley ni sama seperti kemeja polo Cuma bezanya, lengan yang panjang dan ada 3 butang. Itu merupakan ciri-ciri baju Henley.

Namun, ia kurang sesuai untuk dimasukkan ke dalam seluar, lebih menarik jika dilepaskan.

 

#5. Casual Button Down Shirt

Untuk button down shirt ini, kebiasaannya ada dua konsep. Sama ada bergaris, atau bercorak. Ia amat sesuai untuk korang yang nak tampil smart tapi ringkas dan elegan.

Seperti mana-mana penasihat fesyen, pemilihan corak pada kemeja boleh mengubah penampilan. Untuk kelihatan tinggi dan kurus, pilihlah yang bergarisan kecil serta bewarna lembut.

Jika anda sememangnya tinggi, pilihlah garisan yang melintang.

So, diharapkan korang dapatlah tambah sikit style t-shirt yang ada tu kalau nak nampak lebih smart. Tak adalah jenis yang sama je kan setiap kali keluar. 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah