“Kami Tak Layak Menang” – Pogba
SUKANKetika pasukan-pasukan besar seperti Chelsea, Manchester City dan Totenham masing-masing memperoleh kemenangan kedua dan mengutip 3 mata, Manchester United dikejutkan oleh Brighton & Hove Albion pada perlawanan mereka malam tadi.
Ketua pasukan, Paul Pobga ternyata berang dengan persembahan yang ditunjukkan oleh rakan-rakannya pada perlawanan malam semalam.
Tewas 3-2 di tangan Brighton, United kinai menduduki tangga ke-10 liga dan ketika ditemubual oleh Sky Sport, ternyata Pogba agak kecewa dengan sikap sambil lewa pasukan termasuk dirinya sendiri.
Walaubagaimanapun, Pogba tidak menyatakan yang persembahan teruk mereka pada babak pertama adalah disebabkan taktikal jurulatih mereka; Jose Mourinho. Memilih untuk tidak menjawab soalan berkenaan, Pogba malah meminta wartawan menayakan soalan tersebut terus kepada bossnya itu.
United sekali lagi nampaknya bergelut dengan masalah pertahanan, dan dengan barisan pemain yang ada, Mourinho sendiri akui yang mereka agak sukar untuk kekalkan kedudukan ‘empat terbaik’ untuk musim ini.
Dengan khabar angin mengatakan Zinedine Zidane berminat untuk menerajui United selepas ini, adakah pemain ‘sengaja’ tidak mahu bermain bersungguh-sungguh ataupun sememangnya itu sahaja kemampuan United.
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah