Pasar Ikan Tsukiji Jepun Bakal Dipindah Ke Lokasi Lain
TARIKANAugust 23, 2018 - 03:58 PM
Tak lengkap perjalanan korang ke Tokyo kalau tak singgah ke Tsukiji Fish Market.
Pasar ikan yang menjual secara borong dan runcit segala jenis seafood ini menguruskan lebih daripada 2,000 tan hidupan laut setiap hari! Tak hairanlah kalau ianya yang terbesar di dunia.
Selain aktiviti menjual ikan dan hidupan laut, di kompleks pasar ni terdapat banyak restoran, kedai runcit dan pembekal barang-barang keperluan harian yang tak pernah gagal untuk menarik pengunjung baik dari Jepun sendiri mahupun luar negara.
Paling special di pasar ni adalah lelongan tuna yang berlangsung setiap pagi. Namun lelongan ini tidak dibuka untuk orang awam. Hanya pembeli dan penjual sahaja.
Dikhabarkan, sekiranya ada pelawat atau penonton, jumlah yang dibenarkan hanyalah 120 orang setiap hari. Ini disebabkan infrasturuktur pasar tersebut yang lama dan tidak boleh menampun lebih bilangan pengunjung dari itu.
Kalau nak diikutkan, pasar ini dah beroperasi sejak tahun 1935 lagi.
Doikhabarkan, para pelancong yang berhajat nak menyaksikan lelongan tuna harus memohon pas khas yang katanya dibuka seawal jam 5 pagi, kadang-kadang lebih awal dari itu.
Konsepnya adalah first-come-first-serve. Kalau nak, datanglah awal. Kalau lambat, melepas lah dan menurut laporan daripada AFP, Tsujiki Fish Market ni tidak akan benarkan pelancong untuk menyaksikan lelongan tuna bermula daripada September ini.
Jangan risau, korang boleh lagi menyaksikan lelongan ini. Cuma, tunggu apabila Tsukiji Fish Market ni berpindah ke tempat baru nanti.
Buat masa sekarang, lelongan tuna masih boleh disaksikan sehingga 15 september manakala pasar untuk produk lain dan sayur akan berakhir pada 29 September nanti.
Pasar Tsukiji akan ditutup pada 6 Oktober dan di tempat baru nanti, ia akan diberikan wajah baru termasuklah satu deka tau platform khas untuk para pelancong menyaksikan acara lelongan tuna selain kawasan khas yang akan dibina menggunakan cermin kaca.
Kasawan Tsukiji sekarang akan dijadikan hub pengangkutan sempena sukan Olimpik di Tokyo tahun 2020 nanti.
So, korang yang nak saksikan lelongan buat kali terakhir di pasar lama Tsukiji ni, korang ada lebih kurang 3 minggu lagi sebelum ia berpindah ye…
Tengoklah macam mana suasana ketika lelongan tuna ni dibuat disini :
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah