5 Langkah Untuk Bantu Anda Untuk Terima Atau Tolak Tawaran Kerja Baru

GAYA HIDUP
August 28, 2018 - 05:25 PM


Bayangkan; korang dah mencari atau job-hunting sekian lama sebab nak tinggalkan tempat kerja sekarang. Satu hari, dapat pulak panggilan telefon dari salah satu company yang korang dah pergi interview dan nakkan jawapan korang.

Masalahnya, korang dah selesa dekat tempat kerja sekarang, dan tak ada sebab untuk korang tinggalkan pekerjaan korang TAPI; belah sana tawarkan sesuatu yang menarik untuk korang. Mulalah korang serba salah, nak tinggalkan atau stay je di syarikat sekarang?

Walaupun pada hakikatnya, bukan mudah untuk membuat keputusan. Lagi pulak dalam keadaan ekonomi dan fast-paced working style sekarang ni. Korang mesti akan tersepit; antara tawaran yang korang bakal dapat dan job security dekat company sekarang kan?

Tak dinafikan, perubahan bukanlah sesuatu yang mudah. Lagi pulak kita tak tahu cara kerja, politik pejabat dan macam-macam kebarangkalian dekat tempat baru nanti. Tapi, korang perlu ingat; kejayaan dan perkembangan karier boleh terjadi sekiranya korang sanggup ambil risiko dan cabaran yang bakal mendatang.

Apa-apa pun, korang kena fikir sehabis mungkin dan ini ada 5 langkah mudah untuk dilakukan sebelum terima atau tolak tawaran kerja baru :

#1. Buat Kajian Menyeluruh

Walaupun macam buat kerja dua kali (kali pertama mestilah sebelum interview), tapi kebanyakkan orang terlepas pandang untuk buat research terhadap sesebuah organisasi selepas dapat tawaran kerja.

Untuk buat research ni, gunalah segala kabel yang ada. Sama ada melalui kenalan ataupun call office berkenaan untuk tanyakan beberapa soalan. Kadang kala, korang boleh jumpa maklumat-maklumat di di LinkedIn, ataupun di portal-portal pencarian kerja macam Jobstreet dan sebagainya.

 

#2. Minta Follow-Up Interview

Point yang ke-dua nib oleh dikatakan jarang sangat kita di Malaysia ni buat, kalau ada pun mungkin berlaku secara informal selepas sesi interview.

Follow-up interview ni boleh nak diminta supaya kedua-dua pihak, korang dan bakal majikan dapat surekan yang korang ni adalah calon yang paling sesuai untuk isi kekosongan jawatan tu. Biasanya kita tak akan buat, takut tak dapat kerja tersebut.

Selain berbincang tentang bakal jawatan korang, masa ni korang boleh melawat office baru dan kenal-kenal dengan bakal officemate nanti. Boleh jugak tanyakan persekitaran pekerjaan dan culture office tersebut.

 

#3. Anggap Tawaran Yang Diterima Boleh ‘Nego’ Lagi

Setiap tawaran yang korang dapat, tanamkan dalam kepala korang tak semestinya terima. Adalah hak korang untuk buat tawaran sekiranya korang fikir korang berhak dapat offer atau syarat pekerjaan yang lagi baik. Macam contoh; waktu kerja yang flexible, prospek kenaikan pangkat dan sebagainya.

Ingat; kalau tak tanya atau mintak, korang takkan dapat. Jangan takut, mintak je selagi ia releven dengan skop dan jawatan korang nanti.

 

#4. Tengok ‘Big Picture’

Masa dalam pertimbangan sama ada nak terima offer baru atau stay dekat company sekarang; tengok ‘big picture’. Jangan tinggalkan pekerjaan sekarang semata-mata pasal gaji.

Perhatikan atau pertimbangkan segala aspek tawaran pekerjaan macam contoh skop kerja, work culture, latar belakang management, kemampuan dari segi kewangan dan pelbagai aspek lain. Fikirkan apa yang korang nak capai dalam jangka masa panjang dan pastikan ia selari dengan kerja yang bakal korang buat nanti.

 

#5. Buat Analisis Sendiri

Kalau korang masih tak dapat nak buat keputusan, timbangkan baik buruk dengan tanyakan 7 soalan ni :

  • Gaji yang diterima, kompetetif atau tidak
  • Berbaloi dengan skop kerja yang korang bakal jalankan
  • Korang terinspirasi atau tercabar tak dengan skop kerja sekarang
  • Korang boleh ‘masuk’ tak dengan culture tempat baru
  • Pertimbangkan work/life balance syarikat sekarang dan baru nanti
  • Nampak peluang perkembangan karier tak di tempat sekarang
  • Suka/ selesa dengan rakan sekerja syarikat sekarang

Bila dah menjawab semua soalan diatas, korang pertimbangkan elok-elok. Lebih banyak kebaikan atau kearah keburukan. Bukan apa, memang tukar pekerjaan untuk bertukar kerja ni biasanya lebih baik tapi kadang-kala kita tersilap langkah. Nanti menyesal tak sudah sebab syarikat lama sebenarnya lagi best dari yang baru.

Susah sangat, percaya naluri korang. Kalau korang rasa berhijrah adalah yang terbaik, teruskan. Tapi kena ingat, jangan toleh ke belakang lagi. Hehe.

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah