Pantai Lalaria Terkesan Dengan ‘Kecurian’ Batu Kerikil
JALAN-JALANKalau korang berpeluang melawat Pantai Lalaria di kepulauan Greek ini, tolong, tolong, tolong janganlah bawak balik ‘souvenir’ free.
Souvenir yang dimaksudkan disini adalah batu-batu kerikil kecil yang memutih dan terdapat di sepanjang Pantai Lalaria. Terletak di kepulauan Skiathos, Pantai Lalaria dikatakan sebagai yang tercantik didunia atas faktor airnya yang jernih, membiru serta batu kerikil yang cantik di sepanjang persisiran pantai.
Memang secara naturalnya, pelancong tak dapat nak halang atau tak tahan tengok kecantikan batu yang ada di pantai ini, secara tak langsung, ambil seketul dua untuk dijadikan souvenir. Dalam masa yang sama, apa yang dilakukan tu sebenarnya sedikit sebanyak menjejaskan dan merosakkan alam sekitar disana menurut satu laporan oleh Lonely Planet.
Disebabkan batu kerikil tersebut hanya terdapat di Pantai Lalaria, ‘kecurian’ batu-batu ini sedikit sebanyak menjejaskan dan mengubah lanskap di pantai tersebut sejak beberapa dekad lalu. Tak hairanlah Persatuan Kebudayaan Skiatos melancarkan satu kempen kesedaran supaya pelancong mahupun orang tempatan tidak membawa balik batu tersebut.
Papan tanda yang berbunyi “ambil gambar, bukannya batu” telah dinaikkan sebagai salah satu inisiatif untuk memberitahu para pelancong yang kesana.
Tambah mereka lagi, sesiapa yang didapati bersalah dan ‘kantoi’ membawa balik batu-batu tersebut akan dedenda antara €400 (RM 1,910) and €1,000 (RM4,800). Itulah ‘harga’ yang korang kena bayar kalau terus berdegil untuk bawak balik batu-batu tersebut sebagai cendera mata.
Kalau nak diikutkan, sejak tahun 2014 lagi idea untuk mengenakan denda ini diwujudkan, cuma sekarang baru nak dijalankan. Satu lagi, potensi untuk kantoi adalah tinggi kerana akses yang ada untuk ke Pulau Lalaria ini adalah dengan menaiki bot penumpang.
Jadi, kalau korang berkesempatan untuk ke sini, ambil gambar sahaja ye, bukan batu.
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah