Panduan Dan Tip Travel Ke Hong Kong Untuk Muslim
TRAVELOctober 02, 2018 - 05:34 PM
Hong Kong antara destinasi yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Mungkin disebabkan banyak pilihan penerbangan terus dari Malaysia ke Hong Kong. Lagi satu di Hong Kong sekarang tak macam dulu. Dahulu mungkin agak sukar untuk mencari makanan halal dan memaksa pelancong muslim membawa bekal dari Malaysia untuk makanan di sana.
Namun sekarang, makanan halal bukan lagi masalah utama pelancong muslim jika ke negara bukan Muslim.
Kali ini kami kongsikan sedikit tips dan panduan untuk mereka yang berhajat untuk ke Hong Kong terutama bagi pelancong muslim.
Panduan dan tip asas ke Hong Kong
1. Pengangkutan awam sangat mudah dan perlu banyak jalan, hari-hari jalan kaki. Semasa berada di Hong Kong 5 hari berat badan boleh turun sehingga 1kg. Sesuailah untuk siapa yang nak diet.
2. Makanan halal banyak di Hong Kong
3. Escalator di MTR sangat laju, laju sangat. Terperanjat masa mula-mula naik escalator. Kepada pelancong macam kita ni, masa naik escalator sila hati-hati, pegang pemegang, kalau tak nanti takut jatuh. Semasa berdiri di escalator sila diri belah kiri, belah kanan untuk orang lalu lalang nak kejar train. Kalau bawa mak ayah sila pimpim tangan diorang ya!
4. Tempat tinggal : 1 malam lingkungan RM130 – RM150.
5. Tidak memerlukan Visa untuk travel ke Hong Kong
6. Penduduk diorang sangat ramah
7. Selamat terutama dari pick pockets.
8. Orang semua baik-baik. Jarang nampak orang obes, dan diorang sangat menjaga pemakanan.
Makanan Halal
Kalau ke Hong Kong, tak sah kalau tak singgah di Masjid Ammar ni untuk makan masakan Cina. Masjid ini terletak di Wan Chai Pulau Hong Kong. Untuk ke masjid ni, korang kena turun di station Wan Chai exit A (island line- line biru)
Keluar je dari station MTR tu (exit A) berhadapan station tu ada tram station, naik tram ke arah causeway bay (baca paparan dekat depan tram) dan turun di station tonochy road (station no 47E atau 52W) Harga tram HKD2.30 (kena sediakan duit kecik sebab tak ada baki). Turun dari tram, akan nampak basketball court dan ada laluan di sebelah court (rujuk gambar)
Ikut laluan tu, naik tangga, ada traffic light berhadapan dgn convenient store. Bangunan dia belakang convenient store tu adalah Masjid Ammar. Just terus smpai ujung bangunan, belok kiri jumpa pintu masuk. Naik lift tingkat 5 untuk ke kantin.
Ingin mencuba dim sum Hong Kong yang tulen? Kantin Pusat Islam menawarkan dim sum halal untuk sajian makan tengah hari dan hidangan Kantonis untuk sajian makan malam.
Alamat: 5/F, Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Centre, 40 Oi Kwan Road, Wan Chai, Hong Kong Island
Culture
Yes rata-rata orang cakap Hong Kong sangat mahal, actually kalau bajet dengan betul masih boleh jimat, kami tak kata murah tapi masih lagi boleh jimat. Tapi kami nak pesan jangan terlalu jimat sampai menyusahkan diri sendiri.
Apa yang kami boleh katanya Hong Kong walaupun mahal tapi berbaloi untuk dilawati kalau korang sejenis penggemar culture. Orang kat sana pun respect each other. Macam kita lah kalau kita respect orang, orang pun akan respect kita juga. Paling best dalam semua benda diorang tahu beratur. Tak cross traffic light masa merah, tak ada bunyi hon pun. Public transport the best ever! 30 seconds each train (yang kami buat calculation lah) I hope Malaysia will be like this in the future.
Tempat Menarik dan Shopping di Hong Kong
Hong Kong tak perlu nak pertikaikan lagi sebagai tempat shopping paling best di Asia. Banyak barang-barang menarik boleh shopping.
Orang kita ni kalau shopping tempat paling best adalah street shopping, kat Hong Kong ni pun boleh tahan banyak pilihan tempat untuk shopping. Antaranya:
1. Kowloon Street Shopping
Terletak di sekitar Yau Ma Tei dan Mong Kok, tempat ini begitu sibuk sekali dengan orang ramai. Namun untuk shopping memang best dekat sini. Untuk Ladies tempat ini memang untuk anda sebab banyak jual barang-barang seperti make up, baju cantik-cantik dan macam-macamlah lagi. Dibuka dari jam 12:30 – 22:30). Kalau korang power bab tawar menawar boleh cuba di sini.
2. Harbour City
Terletak di Tsim Sha Tsui, ada lebih dari 700 stores dan 50 gerai makanan dekat sini. Memang antara syurga buat kaki shopping.
Makanan Mesti Cuba di Hong Kong Musim Panas
Kalau korang datang ke Hong Kong pada musim panas kami cadangkan korang cuba ice cream kat sana. Sedap woo. Then paling best lepaklah sekejap dekat Starbucks Hong Kong. Salah satu tempat korang kena pergi kalau ke Hong Kong. Satu lagi Hong Kong ni banyak desert yang sedap-sedap. Korang kena try juga tu.
Salah satu tempat yang kami boleh recommendkan adalah Kung Woo Beancurd Factory!
Alamat: Hong Kong, Un Chau,118 Pei Ho Street
Accommodation
Untuk penginapan ramai yang tanya tempat yang sesuai untuk tinggal di Hong Kong. Memandangkan kami adalah muslim kami sarankan untuk korang stay di area Tsim Sha Tsui. Kenapa kat sini? Kami suka area ni sebab senang nak cari makanan halal di kawasan ini. Ada masjid, kedai Pakistan ada restoran mamak Malaysia dekat Chungkin Mansion. Boleh jalan kaki ke jetty naik fery ke bandar.
Dekat area situ juga boleh dapatkan nasi ayam penyet halal dengan RM12 sahaja. Harga sama dengan Malaysia kot.
Jadi kalau mereka yang nak ke Hong Kong boleh buat bajet dari sekarang.
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah