Piala AFF Suzuki 2018 : Sebab – Sebab Malaysia Mampu Tewaskan Thailand Di Laman Sendiri

SUKAN
December 06, 2018 - 10:25 AM


Malam tadi, sejarah tercipta apabila Malaysia berjaya tewaskan Thailand selaku juara bertahan di Stadium keramat Thailand, Rajamangala. Lebih menarik, seluruh lapisan masyarakat tak kiralah dirumah mahupun di kedai-kedai mamak ‘bersatu’ menyokong dan menonton perlawanan tersebut tanpa kira agama dan bangsa. Betul lah kata orang, bolasepak ni salah satu agen perpaduan.

Kita sambung pasal perlawanan antara Malaysia dan Thailand tadi, walaupun terikat 2-2, pasukan Malaysia layak ke Final Piala AFF Suzuki yang dijadualkan pada Selasa, 11 Disember dan Sabtu, 15 Disember. Walaubagaimanapun, lawan di Final akan diketahui malam ini. Sama ada Vietnam ataupun Philippines.

Tiket Final Piala AFF akan dijual macam biasa, online dan secara fizikal, tapi kena tunggu lawan siapa lah. Kami jangkakan, tiket akan dijual seawal hari Jumaat atas talian.

Sembang-sembang berkenaan perlawanan malam semalam antara Thailand dan Malaysia, ada beberapa sebab kenapa Malaysia mampu menang. Walaupun Thailand adalah pasukan pilihan, Malaysia ternyata bermain dengan baik dan dah tak ‘segan’ untuk bermain. Selain daripada sokongan penyokong, dan ‘nasib’ menyebelahi Malaysia selepas Adisak Kraisorn gagal sempurnakan penalti minit akhir perlawanan ini antara sebab Malaysia mampu kalahkan Thailand :

#1. Thailand Gagal Manfaat Kelebihan Tempat Sendiri

Selepas seri di Bukit Jalil dan mereka diasak dengan teruk pada perlawanan pertama, ramai menjangkakan Milovan Rajevac akan mengubah taktik pada perlawanan timbal balik semalam, tapi apa yang dipamerkan Thailand adalah sama seperti di Bukit Jalil. Pemain Thailand sangat ‘deep’ dalam kawasan meraka dan ini seperti ‘menjemput’ pemain Malaysia menyerang.

Sama juga situasi bertahan, kesemua asakan Malaysia datang dari bahagian kiri dan kanan, cuma kali ini, Mohamadou Sumareh dan Syahmi Safari memberikan masalah kepada skuad Gajah Perang.

 

#2. 5 Percubaan, 2 Gol

Ini salah satu perkara yang berjaya dikurangkan oleh Thailand, percubaan. Di Bukit Jalin, Malaysia berjaya membuat 23 percubaan dan di Rajamangala, mereka hanya berjaya membuat 5 percubaan namun, 2 daripadanya menghasilkan gol!

 

#3. ‘No-show’ Daripada Sanrawat

Malaysia memang ‘kalah teruk’ di atas kertas, dan permainan semalam, mereka lebih kompak dan membenarkan Thailand memegang bola agak lama. Cuma, Malaysia berjaya pastikan bola yang dihantar Thailand adalah kepada tempat yang tidak bahaya.

Contoh; pemain kreatif Thailand, Sanrawat Dechmitr di’ikat’ mati oleh Akram Mahinan dan SYamer Kutty. Sanrawat terpaksa pergi ke wide untuk bermain dan ditolak ke kawasan sendiri untuk buat gerakan.

Kedua, ruang Adisak Kraisorn ditutup rapi. Adisak juga berjaya dikekang dan dipaksa turun kebawah untuk mulakan gerakan.

Walaupun begitu, macam perlawanan pertama, Malaysia sukar untuk bertahan daripada crossing dan buktinya kedua-dua gol Thailand adalah hasil umpanan cantik dari bahagian tepi padang.

 

#4. Semangat Juang Tinggi

Ketinggalan 2 kali, Malaysia membuktikan yang mereka mampu bermain dan kedua – dua gol penyamaan dijaringkan 7 dan 8 minit berselang daripada gol Thailand.

Pertahanan. Kalau kita tengok pemain pertahanan semalam, memang diorang main bermati-matian. Flying header sana sini, challenge bola, sliding tackle bersih, memang senang cerita inilah pertama kali Malaysia main dengan elok. Lagi-lagi lawan Thailand.

 

#5. Penalti Adisak Ke’bulan’

Sejujurnya, jantung hampir berhenti bila Thailand dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-94 semalam. Mana taknya, main dah cantik, comeback dah dilakukan, kita bakal kalah dengan kesilapan minit akhir, sedih dan sakit tu lagi sakit daripada luka putus cinta tahu tak?

Adisak, selaku penjaring terbanyak cuba sebaik mungkin dalam perlawanan semalam. Namun, sepakan penalti nya tinggi melewati palang gol. Katanya, bola tu sampai Danok lah. Hehehe.

Kapada Thailand, kempen mereka mungkin berakhir, pemain dan penyokong Malaysia terutamanya yang ke Bangkok menaiki apa sahaja kenderaan berjaya tundukkan ego penjaga gol Thailand yang nak berikan ‘mimpi ngeri’ sebelum perlawanan. Nampaknya, dia yang tak boleh tidur semalam.

Apa-apa pun, kita pastikan Piala AFF Suzuki 2018 akan balik ke Malaysia! Final Piala Aff Suzuki 2018, Malaysia menentang Vietnam ataupun Filipina yang akan bermain malam ini. Ramai mengatakan Vietnam akan menang mudah selepas kemenangan 2-1 di Bacolod, tapi, apa-apa boleh jadi dalam bolasepak.

 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah