Dokumentari Kebangkitan Semula Hip-Hop Malaysia - Finnese 16 Baris

VIRAL
December 12, 2018 - 01:05 PM


Setahun yang lalu muncul sebuah saluran di YouTube bernama 16 Baris. Hasil idea dari Joe Flizzow dan Dj CZA ini mengetengahkan 45 bakat rapper atau MC terbaik di rantau Asia Tenggara dalam 15 episod di antara nya Yung Raja, Altimet, Hades, Benzooloo, A-Kid dan ramai lagi. Tidak disangka idea "cypher" dalam sebuah kedai gunting rambut ini meletup dan berjaya membangkitkan Industri Hip-Hop. Lebih 69 ribu langganan dan tontonan lebih 8 juta kali meletakkan 16 baris antara saluran YouTube berkonsepkan Hip-Hop terbaik Asia Tenggara.

Dari hanya sebuah saluran YouTube mereka menyedari mungkin ada harapan lagi dalam dunia Hip-Hop tanahair. Jadi dari situ mereka membuat satu showcase di The Bee, Publika. Tetapi apa yang menyusul adalah diluar jangkaan mereka. Bayangkan beribu orang datang tapi tempat tu hanya muat 400 orang, itu pun dah padat macam tin sardin. Sampaikan pintu The Bee hampir pecah dan polis terpaksa mengawal keadaan di luar.

Tidak lama selepas itu Joe dan team dia pun merancang buat konsert yang lebih besar. Kali ini cukup untuk 5 ribu orang. Ketika merancang konsert ni, boss Kartel Records dan jenama Budak Baek mendapat berita yang sangat memilukan, iaitu pemergian bapa beliau. Peminat hip-hop dah tertanya-tanya on ke tak on. Tetapi walaupun dalam kesedihan ia menjadi pembakar semangat buat Joe untuk teruskan. Selebihnya macam orang putih kata telah menjadi sejarah.

16 Baris telah membuktikan bahawa genre Hip-Hop bukan picisan dalam industri muzik Malaysia. Ramai bakat-bakat baru dijumpai dan daya gerak serta mutu mereka sangat tinggi. Jika 20 tahun dulu Hip-Hop boleh memecah arus perdana mengapa ia tidak boleh dilakukan sekali lagi. Nah, dalam 16 Baris buktinya nyata. Hip-hop bukan hanya sekadar muzik aliran barat semata tetapi Hip-Hop Malaysia dan Asia Tenggara ada gaya, resipi, dan penguasaan ilmunya yang tersendiri.

Mungkin 2019 akan menjadi tahun yang terbilang buat Hip-Hop Malaysia dan seterusnya tersebar ke serata dunia. 16 Baris musim kedua akan bermula tidak lama lagi. Kami tak sabar nak tunggu apa lagi bakat-bakat terpendam yang akan menyinar.  Zaman dulu-dulu dah habis... Zaman terkini kami yakin terlaris.

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah