Disebalik Tanda Harga Ikan Koi Yang Boleh Mencecah Jutaan Ringgit!
GAYA HIDUPIkan Koi atau namanya Nishikigoi merupakan variasi warna ikan carp atau ikan mas yang sering menghuni kolam-kolam ikan hiasan diluar rumah sebab variasi warnanya yang menarik dan sangat menarik perhatian.
Boleh hidup antara 25 hingga 35 tahun dan kalau nak ikutkan ianya sangat sinonim dengan budaya Jepun. Ikutkan sejarah, ikan mas ini mula diternak untuk mendapatkan pelbagai variasi warna di China sebelum sampai ke Jepun pada tahun 1820 di Ojiya.
Menariknya, tak ramai yang tahu ikan koi ni ada pelbagai variasi sehinggalah ia dipaparkan dalam satu pertunjukan pada tahun 1914. Koi ni sebenarnya perkataan carp dalam bahasa Jepun. Kalau nak tahu, harga seekor ikan koi yang betul-betul berkualiti dan diimport dari Jepun yang ada dekat pasaran Malaysia ni boleh mencecah ribuan ringgit untuk seekor.
Dipercayai Ikan Koi boleh membawa ‘ong’ kepada pemiliknya dan mempunyai feng shui yang baik. Ini kalau ikut kepercayaan diorang lah.
Ada beberapa jenis Koi yang popular antaranya Kohaku, Utsuri, Showa, Ogon, Tanco, Sanke dan lain-lain. Ini sebenarnya merujuk kepada variasi warna pada ikan-ikan Koi tersebut.
Setakat ini, rekod ikan koi termahal dijual adalah pada £1.4 juta (RM 7.3 juta) dalam satu acara lelongan di Jepun. Ikan koi sepanjang 3kaki tersebut dibeli oleh pengumpul dari Taiwan.
Sebenarnya, ada beberapa faktor yang menyebabkan ikan Koi ni mahal, antaranya :
#1. Warna
Warna adalah aspek paling penting kepada seekor ikan koi. Itu daya tarikan dia sebenarnya. Kalau nak ikutkan kriteria, tona warna perlu sekata. Kalau satu ada yang cerah dan ada yang pudar, ia dianggap ‘cacat’. Warnanya pulak kena pekat, supaya bila dalam air dan semasa ikan koi ni bergerak, tak nampak bahagian putih pada badan ikan.
#2. Bentuk Badan / Saiz
Ikan koi terbesar bersaiz 4 kaki dan dinamakan Big Girl. Berat lebih kurang 90 pound, dan dibeli pada harga £30,000 (RM 158 ribu). Bentuk badan ideal bagi seekor koi adalah bahu yang luas, otot dada dan ekor yang besar, dan dia suka menunjukkan dirinya berenang dengan sempurna. Kira ikan tu sendiri bangga dengan diri dia yang cantik gittuh!
#3. Corak
Dalam arena pertunjukan koi ni, corak dia akan lebih jelas bila ikan tu semakin berumur. Selalunya, ikan yang dibawah umur ni jarang menang pertunjukan. Kedua, coraknya besar dan seimbang. Kalau besar, tapi tak seimbang, harganya biasa-biasa saje. Tapi, masih makan ratus jugak.
Corak yang kompleks. Kebiasaannya, juri pertandingan suka corak-corak yang komoleks ni. Dekat sini, bila lagi kompleks coraknya, lagi mahal ikan tersebut.
Ini antara pemenang-pemenang pertandingan Koi di Jepun tahun lepas :
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah