Undian Piala FA Pusingan Ke-5; Penyandang Juara Chelsea Bertemu United

SUKAN
January 30, 2019 - 02:34 PM


Undian Piala FA pusingan ke-5 menyaksikan penyandang juara, Chelsea akan menjadi tuan rumah kepada bekas juara sebanyak 12 kali iaitu Manchester United.

Pertemuan kedua-dua kelab ini ibarat ‘ulangan’ kerana keduanya bertemu dalam pusingan akhir Piala FA musim lalu yang dimenangi oleh Chelsea.

Perlawanan pusingan ke-5 Piala FA akan berlangsung pada 15 hingga 18 Februari 2019 dan ini adalah jadual perlawanan penuh Piala FA :

Bristol City v Shrewsbury Town atau Wolverhampton Wanderers

AFC Wimbledon v Millwall

Doncaster Rovers v Crystal Palace

Middlesbrough atau Newport County v Manchester City

Chelsea v Manchester United

Swansea v Barnet atau Brentford

Portsmouth atau Queens Park Rangers v Watford

Brighton & Hove Albion atau West Bromwich Albion v Derby County

Piala FA dikenali dengan The Emirates FA Cup dan musim lalu dimenangi oleh Chelsea yang bejaya tewaskan Manchester United dengan jaringan 1-0.

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah