Peminat Running Man Berang Pihak Produksi ‘Buli’ Song Ji Hyo
VIRALProgram realiti dan gameshow popular Running Man sekali lagi menerima kecaman peminat apabila ‘cerita’ lama yang dilalui oleh salah seorang ahli mereka yang dibuli dan menerima hukuman yang dikira agak keterlaluan oleh peminat.
Song Ji Hyo dalam salah satu episod Running Man telah dipaksa pihak produksi untuk menhadapi hukuman yang sangat menakutkan dan ianya ternyata memberikan trauma kepada Ji Hyo.
Walaupun hukuman atau denda adalah perkara biasa dalam gameshow berkenaan, namun kali ini peminat merasakan perbuatan pihak produksi adalah melampau. Kumpulan Ji Hyo yang dibarisi oleh Ha Dong Hoon (Haha), Kim Jong Kook dan Lee Kwang Soo diberi 5 minit untuk memilih ahli yang perlu diselamatkan.
Ji Hyo akhirnya terpilih untuk dikenakan denda, iaitu meletakkan tangan dalam kotak berisi serangga. Ji Hyo ternyata takut sehingga mengalirkan air mata ketika melakukan cabaran tersebut.
Rata-rata netizen tidak berpuas hati dan mengecam seluruh kru produksi Running Man kerana hukuman tersebut sangat berlebihan sehingga Ji Hyo jelas kelihatan trauma dengan cabaran tersebut.
“Pihak produksi melampau, ingat kelakar ke tengok kesakitan dan penderitaan ahli kesayangan kami” Tulis salah satu komen.
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah