Nak Buat Facial Tapi Tak Cukup Duit? Cuba Tip Ini!

GAYA HIDUP
February 22, 2019 - 03:21 PM


Jika bercakap soal rawatan kulit wajah atau facial , selalu memeningkan fikiran kaum Hawa, kan?

Wanita mana yang tidak mahu memiliki kulit wajah yang halus, mulus, segar, cerah dan anjal.

Nak buat rawatan muka di spa dan pusat-pusat kecantikan, wang ringgit pula selalu tak cukup.

Jadi nak atau tidak, terpaksalah kita membuat rawatan muka sendiri di rumah.

Macam mana? Baca 5 tip mudah ni.

 

1. Cuci Muka

Perkara pertama yang wajib dilakukan mestilah mencuci muka anda sebersih-bersihnya. Selepas dah buang kesan mekap dengan make-up remover, gunakan pembersih wajah yang sesuai dengan kulit anda. Cuci sekali bahagian dagu dan tengkuk anda ya.

 

2. Exfoliate

Exfoliate adalah proses mengeluarkan kulit mati. Proses ini sangat penting untuk membuatkan kulit anda lebih cantik dan glowing.

L’oreal Paris Pure-Clay Cleanser Exfoliate & Refine boleh digunakan untuk membuang sel kulit mati yang menjadi penghalang untuk vitamin menyerap ke dalam wajah anda. Kesannya memang menyegarkan!

 

3. Urutan Wajah

Rendam tuala yang lembut dalam air suam. Perah tuala tersebut dan tekapkan pada muka. Urut tuala menggunakan jari secara lembut dan perlahan ke seluruh wajah.

Ia dapat membantu proses pengaliran darah berjalan lancer di kulit muka anda. Jangan lupa juga rajin-rajinkan jari itu buat urutan secara bulatan dari bahagian dagu hingga ke dahi.

 

4. Face Mask

Di pasaran sekarang terdapat macam-macam jenis face mask dengan rekaan dan variasi daripada tumbuh-tumbuhan, herba, buah-buahan dan pelbagai bahan yang memberi khasiat yang diperlukan oleh kulit wajah.

Salah satu produk face mask yang menjadi perhatian wanita di luar sana adalah Pure Clay Mask Pore Perfecting daripada L’oreal Paris yang mempunyai kelebihan bagi menghilangkan blackheads, selain membantu melembap dan menganjalkan kulit wajah.

Sapukan masker di kulit wajah dan biarkan selama 10 minit. Inilah juga masa paling bagus untuk anda berehat dan relax!

 

5. Serum

Langkah terakhir dalam melakukan facial di rumah adalah dengan menyapukan krim atau serum muka. Pastikan serum yang digunakan mempunyai khasiat vitamin yang diperlukan kulit wajah.

Selain menjimatkan duit, melakukan facial sendiri di rumah juga sebenarnya sangat senang semudah A, B, C kan? 

Jadi, jangan lupa cuba dan rasai sendiri kesannya!

 

 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah