Pandang Pertama UNDEFEATED x Adidas UltraBOOST "Triple Black"

GAYA HIDUP
March 05, 2019 - 12:22 PM


Nama Undefeated sebenarnya tidak asing dalam dunia streetwear. Ditubuhkan pada 2002, Undefeated menjual pelbagai jenama pakaian dan kasut tulen yang kini mempunyai rangkaian kedai di US, Jepun dan China.

Undefeated ni kalau korang follow, memang akan hasilkan produk dan kolaborasi eksklusif dengan jenama-jenama streetwear macam Bape, Adidas, Nike dan banyak lagilah.

Terbaru, satu release untuk koleksi kolaborasi Spring/Summer 2018 bersama Adidas, mereka sedia untuk satu ‘drop’ iaitu Triple Black UltraBOOST.

Untuk edisi UNDEFEATED x adidas UltraBoost “Triple Black” ni, bahagian atas kasut dikemaskan dengan material primeknit dan ditambah logo UNDFTD dengan material 3M reflektif. Lain pada itu, motif 5 garisan  ada pada lidah kasut dan kemasan TPU untuk toe caps.

Untuk lengkapkan rekabentuk kasut, adidas gunakan tapak BOOST berwarna hitam untk padankan dengan tapak luar yang bewarna hitam.

Buat masa ni, tarikh dan harga belum diketahui lagi tapi kami akan sentiasa update pasal kolaborasi ni.

Source : Hypebeast

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah