Bercuti Ke Busan, Confirm Tak Bosan!

TARIKAN
April 01, 2019 - 02:55 PM


Pelancong Malaysia jika ditanya destinasi bercuti mana yang wajib pergi kalau ke Korea Selatan, mesti sebut Seoul atau Pulau Jeju, kan?

Jarang orang Malaysia terfikir nak berjalan-jalan ke Busan.

Cuma yang pasti kalau sebut nama filem zombie terkenal ‘Train To Busan’, barulah orang Malaysia akan terfikir “hhhmmm…yela apa yang ada kat Busan tu ya”…

Kalau korang nak tahu Busan dahulunya dikenali sebagai Pusan dan merupakan bandar kedua terbesar selepas Seoul tapi ia mempunyai pelabuhan terbesar di Korea Selatan serta ke-9 tersibuk di dunia!

Kalau Seoul terkenal dengan bandar moden, fesyen dan hiburannya, Busan pula terkenal dengan bandar perikanan, pantai, alam semulajadi sesuai dengan lokasinya yang menghadap laut dan terletak di lembah sempit antara Sungai Nakdong dan Sungai Suyeong.

Dengar intro pun macam dah menarik je nak jenjalan kat Busan ni, kan?

Lagi best bila AirAsia X ada penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Busan pada setiap hari (kecuali Selasa) yang memakan masa perjalanan sekitar 6 jam 25 minit.

Jom kita tengok apa tempat pelancongan menarik yang menarik dekat Busan!

 

#1. Gamcheon Cultural Village

Kalau korang nampak ada rumah-rumah berwarna-warni macam pelangi, maknanya betul la korang dah sampai ke Perkampungan Budaya Gamcheon. Kalau ke Busan, lokasi ni memang wajib pergi.

Gamcheon ni juga sebenarnya terkenal dengan nama "Korea's Santorini", "Korea's Machu Picchu" atau "Lego Village"sebab bentuk rumah-rumah di sini yang kelihatan seperti lego dicat berwarna-warni serta dihias dengan pelbagai lukisan mural yang menarik untuk korang upload di Instagram!

Kredit Foto: www.pojiegraphy.com

Kalau nak gambar korang lebih cun, jangan lupa untuk sewa pakaian tradisional Korea iaitu ‘Hanbok’ di kedai yang terletak berdekatan Kaunter Pelancong dan lepas tu posing sakan la dekat seluruh pelusuk perkampungan tersebut.

Diingatkan sebelum ke sini pastikan korang pakai kasut yang paling selesa sebab perkampungan ini terletak di kaki bukit dan tentunya memerlukan sedikit pendakian dan menaiki 148 anak tangga ke See Stars Observatory.

Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk masuk ke Gamcheon Culturan Village ni, tetapi disebabkan tempat ini sangat luas maka disediakan peta yang boleh korang beli dengan harga 2,000 Won di kaunter pelancong di depan pintu masuk.

Menariknya, kalau korang dapat stamp dari kesemua 9 tarikan utama yang ada di situ, korang boleh tebus poskad secara percuma bila selesai semuanya. Boleh buat cenderahati!

 

#2. Haeundae Beach

Pantai Heundae bukan sahaja popular di Busan, malah di seluruh Korea! Lagi-lagi kalau tiba musim panas, memang ribuan pengunjung akan membanjiri pantai ini untuk sunbathing atau berenang.

Pantai Heundae ini berbentuk bujur dan mempunyai pasir putih yang sangat cantik untuk korang berbaring sambil menikmati pemandangan matahari terbenam di sini.

Kalau korang nak tahu, pada 2 Ogos 2008 pantai sepanjang 1.5 km ini memecahkan rekod dunia sebagai pantai dengan jumlah payung paling banyak iaitu 7,397 payung pelbagai warna!

Jadi tak hairanlah kalau pantai ni selalu jadi lokasi penganjuran pelbagai jenis festival, perayaan dan pertandingan sukan pantai.

Di sini juga sebenarnya terdapat ‘Busan Aquarium’ iaitu akuarium gergasi ala-ala Aquaria KLCC yang mempamerkan beribu spesies hidupan laut. Anak-anak kecil pasti sukakannya!

 

#3. Jagalchi Market

Dah namanya pun Busan, bandar pelabuhan dan perikanan terbesar di Korea, jadi tak sah kalau korang tak singgah ke Pasar Ikan Jagalchi ini.

Diberi jolokan sebagai pasar makanan laut terbesar di Asia Timur, di sini terdapat hampir 500 buah kedai yang menjual produk laut segar yang dibawa terus dari pelabuhan yang terletak betul-betul di sebelah pasar berkenaan.

Ia terbahagi kepada 2 bahagian iaitu pasar yang menjual hasil laut yang sudah dikeringkan.

Manakala satu lagi pasar menjual hasil laut segar seperti ikan, ketam, kerang, abalone, belut dan sotong kurita yang baru ditangkap nelayan dan diturunkan dari kapal dan terus dijual kepada pelanggan.

Fuh, memang terbaik la ikan-ikan dia dari laut terus masuk ke bakul anda!

Pasar ini dibuka setiap hari dari 8 pagi hingga 10 malam.

Kalau korang ke sini pada bulan Oktober, boleh join sebuah festival yang dianjurkan Jagalchi Cultural Tourism yang sangat popular dalam kalangan pelancong dan penggemar makanan laut.

 

#4. Busan Tower

Busan Tower merupakan menara setinggi 120 meter dan membolehkan korang melihat pemandangan 360 darjah keseluruhan bandar ini.

Di sini juga ada ‘The Busan Citizen Bell’ iaitu sebuah loceng besar yang hanya digunakan untuk perayaan tertentu oleh masyarakat Busan.

Kalau ke sini korang boleh bersiar-siar dan bergambar di taman rekreasi yang dipanggil Yongdusan Park dan juga membeli belah di Gwangbok Fashion Street yang sememangnya menjadi tumpuan anak-anak muda Korea.

 

#5. BIFF Square

BIFF ini adalah singkatan kepada ‘Busan International Film Festival’. Kalau korang nak tahu Busan juga sebenarnya cukup terkenal dengan sebagai Bandar Perfileman!

Pertama kali BIFF dianjurkan adalah pada tahun 1996 dan setiap kali festival lokasi ini pasti dibanjiri dengan artis dan selebriti Korea.

Kira BIFF ni macam 'Hollywood Walk Of Fame' la, sebab dekat sini pun sepanjang laluannya korang akan nampak ada 'handprint' bintang-bintang filem Korea yang menang anugerah.

Kawasan ini sememangnya sangat meriah pada waktu malam sebab ada pelbagai kedai-kedai pakaian, kosmetik, aksesori dan cenderamata dibuka untuk korang yang kaki shopping.

Bagi yang kaki makan pula jangan risau sebab tempat ni memang syurga ‘street food Korea’ seperti Hoddeok (penkek manis Korea), Topokki (kek beras Korea), Busan Fishcakes, sotong dan octopus kering pun ada!

 

#6. Oryukdo Skywalk

Ingin mencabar keberanian diri, korang boleh ke Oryukda Skywalk.

Selain pemandangan laut yang cantik, korang juga berpeluang berjalan di atas jambatan kaca setinggi 100 meter dari aras laut.

Kalau korang penggemar rancangan 'Running Man', mesti korang akan ingat scene yang mana Jae Suk, Suk Jin dan Kwang Soo bukan main takut sebab gayat nak selesaikan misi atas jambatan kaca ni! Hahaha....

 

#7. Lotte Premium Outlet East Busan

Lotte Premium Outlet East Busan ini adalah syurga bagi penggemar barangan berjenama tapi dengan harga yang murah. Macam-macam brand korang boleh jumpa dekat sini.

Kalau dah habis membeli-belah, korang boleh pula menikmati pemandangan indah di Yonggungsa Temple yang terletak berhampiran dengan bangunan pusat beli-belah ini. View dia memang menakjubkan!

 

 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah