6 Destinasi Di Asia Tenggara Untuk Anda Yang Tidak Suka Bersesak
TARIKANApril 04, 2019 - 03:14 PM
Biasanya, cuti-cuti di Malaysia ni akan berlaku serentak dengan musim cuti persekolahan. Waktu inilah yang ada dimana ibu bapa akan mengambil kesempatan untuk bawa anak-anak bercuti, tidak kiralah di dalam Malaysia atau luar negara.
Selalunya, musim cuti sekolah ni tiket penerbangan mahal, harga hotel mahal, hotel penuh dan kebanyakan tempat tumpuan akan dipenuhi oleh orang ramai.
Tapi, kadang-kala kesesakan ini memang tak dapat nak dielakkan. Namun, ada destinasi di dalam dan luar negara yang kurang dikenali dan boleh dikatakan tidak ramai orang.
6 destinasi yang kurang pelancong di Asia Tenggara
#1. Koh Kood, Thailand
Bila sebut pasal pantai di Thailand, mesti Krabi atau Phuket menjadi pilihan. Kalau nak ikutkan, agak padat kedua-dua tempat berkenaan, lagi-lagi bila sama dengan cuti persekolahan.
Kalau nak ke tempat yang sunyi atau kurang orang sikit tapi cantiknya sama dengan Phuket, boleh ke Koh Kood, pulau terpencil di kawasan timur Thailand.
Untuk ke sini, korang boleh menaiki bot laju dari Koh Chang ataupun Koh Mah untuk sampai ke pulau Koh Kood, disini bolehlah nak sewa kereta ke, berbasikal ataupun motorsikal. Banyak hotel murah terletak di Khlong Chao Beach dan ada dua perkampungan nelayan untuk korang explore disini.
Agak-agak dah bosan dengan pantai, pergi ke air terjun Khlong Chau pulak.
#2. Taiping
Baru-baru ini, Taiping dinobatkan sebagai bandar ketiga terbaik di dunia. Selain itu, terdapat pelbagai lagi sebenarnya tarikan dan tempat menarik di ‘tepeng’ ni. Kalau nak ikutkan, musim cuti, ramai akan berpusu ke Ipoh, tapi untuk korang yang nakkan kelainan. Pergilah ke Taiping.
Baca : 15 Tempat Menarik Di Taiping
#3. Bohol
Kalau nak ke Philippines, pilihan utama orang kita biasanya ke Boracay. Mana tidaknya, dengan airnya yang membiru serta kecantikan pantai. Tapi, di Filipina juga sebenarnya ada pelbagai lagi pulau yang tak ramai ketahui.
Contohnya, Bohol. Untuk ke sini, korang boleh menaiki kapal terbang ke Cebu dan terus ambil feri untuk sampai ke Bohol.
Antara tarikan disini adalah Chocolate Hills yang mempunyai lebih dari 1000 bukit batu kapur yang menjanjikan panorama yang menakjubkan. Selain itu, korang boleh juga ke Philippine Tarsier Sanctuary.
Kalau minat diving atau snorkelling, korang pergi ke Pulau Panglao.
#4. Hue, Vietnam
Hue terkenal dengan ciri-ciri binaan yang diinspirasikan oleh zaman colonial Perancis dan juga china. Selain itu, terdapat tapak warisan dunia UNESCO yang dipanggil Hue Imperial City yang terletak bersebelahan dengan Perfume river.
Terdapat pelbagai binaan seperti pagoda, muzium, perpustakaan dan macam-macam lagi tarikan di sini. Berdekatan dengan Imperial City, ada juga Thien Mu Pagoda.
#5. Pulau Ubin, Singapura
Selalunya, ramai akan ke Pulau Sentosa untuk menikmati percutian keluarga mereka. Namun jika mahukan yang lebih natural atau dekat dengan kehijauan alam, boleh ke Pulau Ubin. Sangat berbeza dengan Pulau Sentosa yang pesat dibangunkan sebagai hub pelancongan.
Untuk ke sini, perjalanan hanya 15 minit menaiki bot dari Terminal Feri Changi. Boleh bergambar di Pekan Quarry atau berjalan di siar kaki Chek Jawa wetlands.
#6. Flores, Indonesia
Toksah ceritalah kepadan Bali macam mana kan, jadi korang ke Flores sahaja untuk dapatkan lokasi yang kurang ‘semak’ dengan orang ramai.
Banyak jugak tempat tarikan di Flores ni sebenarnya, ada Koka Beach, Kelimutu National Park dan paling ramai tuju adalah Pink Beach.
Selain itu, kalau korang ada perancangan ke Flores dalam tahun ini, sempatlah ke Komodo Island yang tak lama lagi akan ditutup buat sementara waktu.
Nota Editor : Lebih suka bercuti waktu semua orang bekerja, sebab flight senang cari, hotel senang dapat, tempat percutian tak terlalu padat. Hehe.
KOMODO ISLAND INDONESIA DITUTUP KERANA BIAWAK DICURI
Gambar Remaja Dari Terengganu Bersama Kerbau Menang Anugerah Imej Terbaik Asia 2018
Sumber : Website | Traveloka
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah