Tip Packing Ala Pramugari. Ringkas, Mudah & Dijamin Muat!
TRAVELSetiap kali nak travel setiap kali itulah kita akan pening kepala memikirkan macam mana nak packing baju yang banyak dalam had bagasi yang dibenarkan.
Sebab tu kadang-kala ada antara kita mesti melakukan proses mengemas baju di saat-saat akhir, kan?
Tapi korang perasan tak, bila berada di lapangan terbang dan tengok juruterbang, pramugara atau pramugari yang senang je jalan berlenggang dengan hanya mengheret sebuah bagasi kecil.
Mesti korang terfikir kan macam mana la dorang packing pakaian dan barangan peribadi lain kalau kena stay lama di sesebuah negara sepanjang shift penerbangan mereka.
Memetik laporan Tempo, Pengurus Kanan Skyteam Hub Services Lapangan Terbang Soekarno-Hatta PT. Garuda Indonesia, Engeline Yolanda Kardinal ada berkongsi tip cara packing yang efektif, mudah dan ringkas.
Berikut tip mengemas baju ala-ala seorang kru pesawat:
#1. Perlu bijak menyusun barang mengikut kesesuaian musim negara yang ingin dilawati.
Jika di negara yang korang nak travel tu tengah musim sejuk, siapkan pakaian musim sejuk yang sesuai seperti jaket tebal, shawl, topi dan sebagainya.
#2. Harus pandai membuat padanan pakaian
Pilihlah pakaian yang boleh dipakai berulang kali dan bukan hanya sekali pakai. Contohnya seperti seluar jeans dan kasut jenis ‘sneakers’ yang sesuai dipakai dengan sebarang pakaian.
Dengan pemilihan baju, seluar dan kasut yang sesuai sudah pasti jumlah pakaian yang dibawa juga tidak akan terlalu banyak dan beg tidak berat.
#3. Perlu membiasakan diri membawa barang secukupnya, sesuai dengan kapasiti bagasi kecil atau hand carry
#4. Gulung pakaian, bukan lipat
Bagi mendapatkan ruang lebihan, sama ada untuk lebih banyak pakaian atau barangan dapat dibawa atau untuk ruang barangan lain yang mungkin dibeli ketika bercuti, anda boleh cuba menggulung pakaian yang dibawa dan bukan dengan cara melipat kerana ia akan menggunakan ruang yang lebih banyak.
#5. Gunakan plastik vakum yang jadi trend sekarang untuk memadatkan pakaian
Sumber: Tempo
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah