Berebut Tempat Letak Tangan Di Kerusi Tengah Dalam Pesawat, Itu Hak Siapa?

GAYA HIDUP
April 16, 2019 - 01:57 PM


Korang pernah tak mengalami keadaan di mana korang dapat tempat duduk tengah ketika di dalam kapal terbang, kemudian bila dah duduk korang tiada tempat untuk meletakkan tangan sebab di kiri kanan semuanya dah diambil orang sebelah?

Jadi nak tak nak korang terpaksalah menyilangkan tangan di dada atau letak tangan atas peha sendiri sambil dalam hati menahan rasa geram dan tak puas hati. Pernah, kan? Hehehe….

Pernah tak korang terfikir siapa sebenarnya yang lebih berhak ke atas tempat letak tangan tersebut?

Memetik Instagram, syarikat yang mengendalikan 13 lapangan terbang di Indonesia, PT Angkasa Pura I (Persero) memaklumkan bahawa kedua-dua tempat letak tangan yang ada di kiri dan kanan kerusi tengah dalam pesawat sebenarnya adalah hak penumpang yang duduk di kerusi tengah tersebut.

Alasannya adalah kerana penumpang yang duduk di bahagian tengah tidak mempunyai kebebasan dan ruang untuk bergerak seperti penumpang yang duduk di sebelah tingkap mahupun di lorong pesawat atau aisle.

Penumpang yang duduk di kerusi dekat tingkap, sekurang-kurangnya boleh menyandarkan kepala ataupun bahu mereka ke sisi jendela.

Manakala penumpang yang duduk di sebelah lorong lebih mendapat kemudahan jika hendak berjalan ke tandas atau saat keluar dari pesawat.

Tambah Persero, perkara ini termasuk salah satu etika dan peraturan tidak tertulis ketika ketika berada dalam pesawat.

P/S: Jadi bila dah tahu tentang etika siapa lebih berhak ke atas tempat letak tangan tu, bertolak-ansur la ya! Bagi min senang je..kalau betul-betul kita memerlukan tempat letak tangan tersebut tanya je kat orang sebelah kalau dia tak guna dan benarkan why not? Asal jangan ada yang lentok kat bahu kita sudahlah! Hahaha…

 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah