‘Makanan’ Di Wonderfood Museum Penang, Confirm Buat Air Liur Korang Meleleh
JALAN-JALANBagi korang yang sedang berada di Pulau Pinang atau merancang untuk ke sana bagi menyertai Festival Makanan Antarabangsa yang sedang berlangsung selama 16 hari hingga 28 April ini, korang boleh juga singgah ke ‘Wonderfood Museum Penang’!
Muzium unik yang memaparkan replika makanan bersaiz gergasi secara realistik ini terletak di Jalan Lebuh Pantai, Georgetown dan sangat dekat dengan lokasi berlangsungnya Festival Makanan Antarabangsa tersebut.
Ala lepas korang jalan-jalan cari makan, boleh ke muzium ni pula untuk bergambar penuhkan Instagram korang. Hehehe….
Muzium Wonderfood ni sebenarnya dah dibuka sejak 2 tahun lepas dan telah mendapat kunjungan puluhan ribu pelancong dari dalam dan luar negara yang ingin mengenali kepelbagaian makanan tradisi rakyat Malaysia berbilang kaum termasuk Melayu, Cina dan India.
Bangunan lama zaman kolonial setinggi dua tingkat diubah suai menjadi muzium itu dan sangat bersesuaian dengan status Pulau Pinang yang dikenali sebagai syurga makanan.
Wonderfood Museum Penang ini terbahagi kepada 3 bahagian galeri iaitu Info Zone, Wow Zone dan Educational Zone.
Muzium ini lain daripada muzium kebiasaannya, sebab bila korang melangkah masuk je korang mesti dah teruja nampak sebuah replika besar mangkuk cendol yang begitu menyelerakan.
Bukan tu saja, replika gergasi berupa laksa, pasembur, sate, mi kari, nasi kandar, ais kacang, rojak buah pun ada dan sangat 'wow' kalau korang bergambar untuk dibuat kenang-kenangan.
Ada lebih 100 replika gergasi makanan termasuk ‘street food’ dekat muzium ni tau! Banyak, kan!
Turut dipamerkan adalah replika mini makanan yang ditampal pada dinding di ruangan lobi.
Menariknya, kesemua replika di sini selain dilengkapi dengan maklumat dan info mengenai makanan tersebut, ia juga kalau dilihat dari jauh seakan ‘hidup’ dan benar-benar membuka selera bagi sesiapa yang memandangnya.
Orang kata siap boleh terliur la tengok makanan-makanan tu semua. Hahaha…
Paling best bila korang ke bahagian ‘Terowong Masa Pulau Pinang’ kerana di situ korang akan merasai sendiri pengalaman memasak menggunakan kayu api dan arang batu serta menjamu selera di gerai-gerai makan ketika zaman sebelum kemerdekaan.
Muzium Wonderfood dibuka setiap hari bermula 9 pagi hingga 6 petang.
Harga tiket dewasa ialah RM15 seorang bagi pemegang MyKad dan kanak-kanak RM10, sementara RM25 untuk pelancong asing dewasa dan RM15 (kanak-kanak).
Baca juga: Jom Serbu Festival Makanan Antarabangsa Pulau Pinang, Bermula 13 April Ini
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah