Resepi 'Bubble Pearl' Ala Tealive & Chatime
MAKANSekarang ni boleh kata semakin ramai yang menggemari minuman Bubble Tea.
Minum air jenis apa pun semua nak ditambah dengan bubble pearl sebab suka dan gian untuk menguyahnya.
Tapi selalunya kiosk-kiosk yang menjual minuman seperti Bubble Tea ini selalunya menjadi tumpuan orang ramai dan mesti kena beratur panjang nak membelinya.
Bila bulan puasa macam sekarang ni, memang tak larat la nak menunggu lama dan mana sempat kalau dah habis kerja baru nak beratur cari Bubble Tea, kan?
Jadi apa kata korang cuba buat sendiri bubble pearl di rumah, dah la murah lepas tu setiap hari korang boleh campur dalam minuman untuk berbuka atau bersahur.
BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung ubi
Secubit garam
1 sudu teh esen vanila
Pewarna hitam makanan (boleh dibeli di kedai bakeri)
CARA PENYEDIAAN
1. Campurkan kesemua lima bahan yang diperlukan.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak lagi melekit di tangan.
3. Cubit dan uli adunan tadi menjadi bentuk bulat kecil-kecil sehingga siap semua.
4. Rebus dengan air gula sehingga mendidih (paling sedap guna gula melaka).
5. Campurkan dalam pelbagai jenis minuman, tambahkan air dan siap untuk diminum.
Sumber: Suzi Yanti Md Hane
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah