Kenali 7 Jenis Tom Yam Thai Yang Boleh Korang Cuba Untuk Menu Berbuka
MAKANRamai orang Malaysia yang suka travel ke Thailand semata-mata untuk menikmati hidangan asli mereka terutamanya masakan Tom Yam.
Tapi korang tahu tak yang sebenarnya di Thailand ada bermacam-macam jenis Tom Yam yang kesemuanya confirm membuatkan air liur korang meleleh-leleh.
Jom kita tengok 7 jenis Tom Yam Thai yang mungkin korang boleh cuba masak untuk hidangan berbuka.
1. Tom Yam Kung
Tom Yam Kung adalah jenis Tom Yam yang popular di kalangan pelancong asing setiap kali berkunjung ke Thailand. Kuahnya agak merah manakala lauk yang ditambah dalam air rebusan ini adalah udang atau udang galah!
2. Tom Yam Pla
Tom Yam Pla adalah jenis rebusan sup putih yang ditambah dengan lauk ikan. Jenis ikan yang digunakan dalam masakan ini adalah ikan segar air tawar dan juga ikan air masin.
3. Tom Yam Kai
Tom Yam jenis ini hanya berlaukkan ayam dan ia merupakan hidangan bagi sesiapa yang tidak boleh makan makanan laut atau ikan, maka hidangan ini adalah alternatif bagi mereka.
4. Tom Yam Pok Tek
Tom Yam jenis Pok Tek adalah yang paling popular di Malaysia ia terdapat campuran pelbagai jenis makanan laut seperti hirisan ikan, sotong, kupang dan udang.
5. Tom Yam Nam Khon
Tom Yam Nam Khon adalah variasi Tom Yam jenis baru kerana kuahnya telah dimasak bersama santan dan menjadikanya lebih pekat berbanding dengan Tom Yam jenis lain.
6. Tom Yam Kung Mak Phrao On Nam Khon
Tom Yam jenis ini agak menarik kerana terdapat isi kelapa muda yang dimasak bersama lauk udang dalam satu hidangan, malah ia dihidangkan dalam buah kelapa muda.
7. Tom Yam Kha Gai
Tom Yam Kha Gai ialah sejenis Tom Yam sup kelapa Thai. Kuahnya diperbuat daripada santan kelapa yang dimasak pedas dan masam-masam. Di Thailand, Tom Yam jenis ini dicampur ramuan seperti lengkuas, daun limau purut, serai, cili Thai, ketumbar, cendawan shitake, ayam, sos ikan dan jus limau.
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah