Jom Semak Arah Kiblat Sebab Matahari Tegak Di Atas Kaabah, Esok!
VIRALEsok (28 Mei), orang ramai disarankan untuk membuat semakan arah kiblat di kediaman atau premis masing-masing pada jam 5.16 petang.
Ini kerana menurut Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri peristiwa Istiwa’ A’zam iaitu keadaan di mana kedudukan matahari berada betul-betul berada di atas Kaabah membolehkan orang ramai menyemak arah kiblat solat mereka.
Semakan perlu dibuat mengikut waktu yang tepat dan orang ramai boleh merujuk waktu tersebut di mst.sirim.my.
Menurut Mufti Wilayah lagi, semakan arah kiblat boleh dilakukan dari mana-mana lokasi lapang dan rata yang tidak terlindung dari cahaya matahari, dengan menggunakan objek lurus dan tegak, contohnya tiang.
Arah kiblat kemudiannya boleh dirujuk dengan melihat bayang-bayang objek berkenaan yang akan menunjuk ke arah Kaabah.
Fenomena Istiwa A’zam merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat di mana-mana lokasi di muka bumi.
Ia berlaku sebanyak dua kali setiap tahun iaitu pada 28 Mei (5.16 petang) dan 16 Julai (5.28 petang).
Manakala pada 27 Mei (5.16 petang) dan 15 Julai (5.28 petang) pada setiap tahun lompat.
Istimewanya tahun ini, peristiwa itu bakal berlaku dalam 10 hari terakhir bulan Ramadan!
Subhana-Allah! Jom kita semak esok!
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah