Rasai Pengalaman Tidur Dalam 'Time Capsule' Serba Canggih!

JALAN-JALAN
May 30, 2019 - 01:36 PM


Siapa sini yang suka melancong ke Eropah dan pernah bercuti di Slovenia?

Cantik betul kan negara tu, sebab kawasan geografi yang indah-indah semuanya bertemu di Slovenia seperti Banjaran Alps, Pergunungan Dinarides, Dataran Pannonia dan pesisiran pantai Mediterranean.

Ibu negara di rantau Alpine itu turut memiliki tarikan istimewa iaitu panorama landskap dan tinggalan Zaman Pertengahan yang terletak di sepanjang Sungai Ljubljanica dan berpusat pada sebuah istana lama di puncak bukit.

Beruntung siapa yang dah penah jejakkan kaki ke sana. Hehehe...

Tapi korang tahu tak, lebih menarik sekarang ni para pelancong yang mengunjungi Ljubljana iaitu ibu negara Slovenia boleh menginap di hotel yang menyediakan kapsul tidur, sekaligus menjadi satu tarikan baharu pelancongan mereka.


Central Hotel menjadi yang terawal menyediakan perkhidmatan penginapan seumpamanya, iaitu 10 buah kapsul yang pada asalnya merupakan bilik sambungan telefon.

Bilik yang mempunyai satu pod katil saiz tunggal itu berkeluasan 22 kaki persegi dan mempunyai semua ciri-ciri yang boleh dikawal sendiri oleh pelanggannya seperti sistem pengudaraan, keselamatan, cermin kosmetik serta mod pencahayaan yang boleh dimalapkan berwarna biru dan putih.

Malah, bilik kapsul itu juga dilengkapi dengan teknologi termasuk media streaming, Wi-Fi percuma tanpa had, port USB, fon kepala dan universal port.

Lebih menarik, dalam setiap kapsul disediakan Smart TV Android yang mempunyai akses ke Google Play dan pelanggan boleh memuat turun aplikasi Android tanpa had.

Harga terkini untuk penginapan satu malam di bilik kapsul Central Hotel tersebut adalah 49 Euro atau RM229.

Slovenia yang juga merupakan negara asal Wanita Pertama Amerika Syarikat, Melania Trump, menyaksikan lonjakan dalam industri pelancongannya sejak menyertai Kesatuan Eropah pada tahun 2004 dan Zon Euro pada 2007.

Tahun lalu, kekerapan para pelancong asing bermalam di Ljubljana meningkat kepada 15.4%, dengan kebanyakannya datang dari Jerman, Itali, Austria, Netherlands dan Croatia.



Slovenia turut menjadi destinasi persinggahan bagi kelompok pelancong dari Asia termasuk pelancong Malaysia yang mengikuti pakej percutian jelajah Eropah.

P/S: Tapi dekat Malaysia lagi canggih, sebab kapsul tidur macam ni akan dibina di tepi Lebuhraya Utara-Selatan oleh pihak PLUS untuk pengguna terutama pemandu kenderaan berat yang nak berehat atau melepaskan penat. Dijangka siap tahun depan! Jeng..jeng..jeng..hehehe

 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah