Kesan Bencana Alam Semasa Travel Guna Google Maps
VIRALSatu perkara yang sering membimbangkan kita setiap kali pergi melancong adalah kejadian bencana alam yang mungkin sedang melanda negara yang kita lawati.
Ditambah pula dengan peningkatan kes pencemaran alam dan pemanasan global yang semakin meruncing dari sehari ke sehari.
Tetapi kini korang dah tak perlu risau lagi kerana Google Maps telah tampil dengan ciri baharu dalam menyediakan maklumat bervisual dan amaran bencana alam yang bakal berlaku.
Menerusi ciri baharu itu, pengguna boleh melihat secara terperinci visual bencana alam seperti ribut, banjir atau gempa bumi, sekali gus menghindari mereka daripada berkunjung ke lokasi yang berpotensi ditimpa musibah.
Ciri baharu yang dinamakan amaran SOS itu turut menyediakan ringkasan insiden beserta berita-berita terkini, nombor kecemasan untuk dihubungi dan laman web pihak-pihak yang bertanggungjawab.
Pengguna terutamanya yang tinggal berhampiran dengan kawasan yang mungkin terjejas akan menerima notifikasi sehari sebelum berlakunya bencana.
Jangkaan masa kejadian juga akan dinyatakan secara spesifik.
Selain itu, 'shakemap' di mana magnitud dan pusat gempa bumi akan turut dipaparkan di dalam aplikasi berkenaan beserta kod warna yang akan digunakan untuk mengenal pasti gempa di kawasan tertentu.
Walaupun ramalan banjir sudah boleh diakses di India, Google Maps merancang untuk terus meningkatkan lebih banyak ciri yang berkaitan dengan bencana, termasuk memberi isyarat kepada pengguna untuk menggunakan laluan yang selamat.
P/S: Jadi lepas ni kalau travel ke mana-mana pastikan korang sentiasa pantau Google Maps bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Sumber: Astro Awani
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah