Masjid Unik Dengan Rekaan Minangkabau & Tahan Gempa Bumi
TARIKANJuly 29, 2019 - 05:02 PM
Kalau korang ada perancangan untuk melancong dan bercuti ke Padang, Indonesia, jangan lupa singgah ke sebuah masjid unik yang ada di kota tersebut.
Nak cari masjid ni pun tak susah sebab masjid ini bukanlah berbentuk kubah seperti kebiasaan masjid lainnya, sebaliknya ia masjid yang berbentuk gonjong atau bercirikan seni bina khas rumah Minangkabau.
Lebih menarik, masjid yang diberi nama Masjid Raya Sumatera Barat ini juga bukan sahaja berfungsi sebagai tempat ibadah, malah dikatakan mampu menampung puluhan ribu orang yang berlindung di dalamnya daripada gegaran gempa bumi dengan kekuatan hingga 10 pada skala Richter.
Tempat ibadah ini berada di lokasi yang sangat strategik untuk dilawati oleh pelancong iaitu di antara Jalan Khatib Sulaiman dan Jalan Ahmad Dahlan, Kota Padang.
Kompleks Masjid Raya Sumatera Barat setinggi 3 tingkat itu mempunyai keluasan lebih 40 meter persegi dan mampu menampung hingga 20 ribu jemaah pada satu-satu masa.
Selain memiliki 4 sudut atap yang berbentuk tajam dengan rekaan persis yang ada di Rumah Gadang atau rumah adat masyarakat Minangkabau, masjid ini juga dengan ukiran khas Minang dan kaligrafi mewah pada dinding bahagian luarnya.
Rekaan masjid ini mengambil inspirasi daripada 3 simbol utama iaitu sumber mata air, bulan sabit dan Rumah Gadang serta suntikan elemen hasil gabungan sejarah Islam dan tradisi Padang.
Memandangkan Kota Padang berada di daerah Sumatera Barat iaitu antara kawasan Indonesia yang berisiko menghadapi kejadian gempa bumi, masjid tersebut juga dibina dengan kekuatan dan kemampuannya untuk berdaya tahan daripada bencana alam itu serta kejadian tsunami.
Korang bayangkan masjid ini mengambil masa hampir 10 tahun lamanya untuk disiapkan!
Jadi memang rugi kalau korang tak singgah ke Masjid Raya Sumatera Barat ini kalau berkunjung ke Padang.
Lepas solat di dalamnya, korang boleh bersiar-siar di sekeliling masjid ini sebab ia memang port terbaik untuk Instagrammable.
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah