Perkara Yang Perlu Diambil Kira Sebelum Menempah Airbnb
GAYA HIDUPSebelum kita cerita perihal Airbnb atau proses sewaan jangka masa pendek untuk percutian ni, satu perkara yang kita kena faham adalah yang kita akan sewa atau tinggal itu adalah rumah, apartment atau apa sahaja jenis penginapan yang milik persendirian. Boleh jadi ia berada di tengah bandar, berdekatan tarikan menarik mahupun terletak di ceruk.
Perkara kedua yang perlu diset di dalam kepala ialah ia bukannya hotel, ia adalah rumah. Bezanya, ia mungkin rumah khas yang disewakan atau mungkin ada sesetengah itu, host atau tuan rumah tinggal disitu, tetapi apabila ada orang nak sewa dia akan sewakan.
Jadi untuk pastikan korang tidak tersalah tempah atau dapat unit yang tidak menepati citarasa korang mahupun yang kurang sesuai, seeloknya korang boleh perhatikan perkara – perkara berikut.
#1. Akses
Bila sebut pasal akses ni, kita perlu sesuaikan dengan kehendak serta keperluan kita jugak sebenarnya. Jika kita ada anak kecil atau mungkin kita perlukan kemudahan tertentu contohnya akses wheelchair, lif dan sebagainya.
Jadi perkara macam ni, kita kena ambil kira dengan cara hubungi host atau penyedia sewaan tersebut untuk pastikan sama ada segala keperluan itu ada atau tidak.
Selain akses ke unit penginapan, boleh juga tanyakan parking disediakan atau tidak, kalau tidak ada tempat parking berbayar ke dan sebagainya. Setidaknya, korang boleh jangka apa yang bakal korang ‘hadap’ setibanya disana nanti.
#2. Masa
Salah satu aspek yang perlu korang beri perhatian adalah masa, lebih-lebih lagi bila melibatkan negara yang masanya tak sama dengan Malaysia. Kedua, masa ketibaan korang tu aka nada orang atau tidak.
Kalau tidak, apa prosedur yang dah dibincangkan. Macam contoh, korang dijangka sampai pukul 3, tapi korang terlambat atau terawal. Kalau lambat, inform host supaya dia tidak tertunggu, kalau awal, cuba tanya boleh chack-in awal atau tidak.
Biasanya masalah berlaku bila kita terlewat sampai, lupa bagitahu pemilik Airbnb dan diorang anggap kita sebagai ‘no show’ dan bila kita sampai, dah ada orang lain yang masuk. Ini contoh worst-case lah.
Bab tanya soalan ni, seeloknya melalui Airbnb terus (kalau booking di Airbnb). Kalau melalui medium lain, pastikan ada simpan screenshot dan sebagainya. Ini boleh dijadikan bukti kalau-kalau ada yang tak kena nanti.
#3. Susun Atur Rumah
Walaupun biasanya gambar keseluruhan rumah akan ditunjukkan, tapi kadang-kala ianya tidak dikemaskini ataupun ada beberapa perkara (biasanya yang tak elok) yang tidak ditunjukkan. Contohnya, paip patah ke, tingkap tak boleh tutup ke dan lain-lain.
Susun atur rumah jugak mungkin menjadi masalah sekiranya korang perlukan susun atur yang spesifik. Contohnya, korang perlu naik tangga untuk sampai ke ruang tidur tapi tidak diceritakan dalam website dan sebagainya.
Sebagai bakal penyewa atau pelanggan, korang berhak tahu dan tanya apa sahaja soalan. Jika host tak reply, maknanya sesuatu tidak kena. Mungkin jugak scam dan sebagainya.
#4. Suasana Keliling
Jika korang jenis tidak kisah pasal persekitaran, mungkin ini tidak menjadi masalah. Tapi kadangkala, kawasan tersebut sibuk, kenderaan tak putus dan secara tidak langsung akan mengganggu tidur ataupun waktu rehat korang disana nanti.
Macam contoh, waktu nak sewa Airbnb di Bali dulu, owner ada bagitahu yang jiran dia ada bela anjing. Jadi korang kena pandai-pandailah. Kalau rasa tak sesuai, jangan tinggal disitu, cari tempat lain.
Selain itu, jika ada anak kecil mungkin korang boleh bagitahu host. Ini supaya kalau tempat dia tak sesuai, dia akan cadangkan tempat lain misalnya.
#5. Kebersihan
Satu perkara yang ‘kurang’ di Airbnb atau vacation rental ni adalah tiada pengawasan kualiti dalam aspek kebersihan diorang. Ini bermakna, kalau host tu pembersih atau dia ada gajikan orang bersihkan, rumah akan bersih, kalau tidak… kena la jangkakan benda yang kurang memuaskan sikit.
Selalunya adalah rumah berbau, ada tertinggal tuala dan sebagainya. Tapi setakat ni, paling teruk yang kami pernah kena adalah keselesaan tilam. Tilam dalam gambar kemain tebal, macam 5 star hotel, bila sampai… tilam spring yang tinggal spring je. Sudahnya, esok sakit badan.
Nota Editor : Satu perkara yang korang kena buat masa masuk AirBnb adalah snap semua gambar, kalau ada masalah, cuba bagitahu host. Sebab biasanya diorang ni hanya ‘manage’ tapi tak pernah datang tengok keadaan rumah tersebut. Kedua, gambar tu boleh dijadikan bukti dan mungkin, kalau korang nak ‘claim’ dekat Airbnb.
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah