Informasi Perjalanan, Tiket Dan Tips Ke Gunung Bromo

TARIKAN
November 21, 2019 - 03:35 PM


Merupakan salah satu daripada gunung berapi aktif yang boleh didaki di Indonesia, keindahan Gunung Bromo setinggi 2,329 meter ini sentiasa menjadi lokasi dan destinasi pilihan dan boleh dikatakan ramai ‘orang kita’ yang dah sampai ke sana.

Terletak di dalam Taman Nasional Bromo Tengger Semeru, sebelum anda ke Bromo, ada beberapa perkara penting atau tips ke Bromo yang boleh korang ikut. Kali ini, kami akan kongsikan tips ke Bromo dan kita akan fokuskan kepada perjalanan ke Bromo, harga tiket Bromo dan beberapa tips lagi. Harap perkongsian kami dapat menjawab persoalan dan seterusnya ,membantu ‘research’ korang yang nak ke Bromo ni.

#1. Perjalanan

Disebabkan kedudukan Gunung Bromo ni ditengah beberapa buah daerah; jadi ada beberapa pilihan jalan yang korang boleh pilih sama ada melalui Kota Malang, Pasuruan, Lumanjang atau Probolinggo.

  1. Dari Lumanjang : Sekiranya korang melalui Lumanjang atau dipanggil Kabupaten Lumanjang, korang kena tuju ke daerah Senduro. Teruskan perjalanan hingga Desa Ranu Pane menuju ke Bromo melalui Jemplang. Dari Jemplang ni, korang dah boleh nampak Gunung Bromo.
  2. Dari Malang : Sekiranya korang dari Malang, tuju ke daerah Tumpang dan teruskan perjalanan ke Desa Bulak Klakah. Jalan ini akan bertemu dengan jalan Lumanjang tadi iaitu kawasan Jemplang.
  3. Dari Pasuruan : Tuju ke Wonorejo, dari sana teruskan perjalanan ke daerah Warung Dowo dan terus ke daerah Tosari. Dari Tosari, tuju ke Desa Wonokitri dan korang akan bertemu jalan untuk ke hati pasangan masing – masing. Hehe. Tak, gurau je. Korang akan jumpa jalan ke Bromo.
  4. Dari Probolinggo : Ini boleh dikatakan route yang selalu orang gunakan untuk ke Bromo dari Surabaya. Teruskan perjalanan hingga ke Pasuruan, susur jalan Pantura sehingga sampai ke Probolinggo.

Di Probolinggo nanti akan ada simpang tiga Tongas, cari jalan ke Lumbang dan teruskan perjalanan sehingga daerah Sukapura. Korang akan berjumpa Desa Cemoro Lawang. Disinilah pintu masuk untuk ke Kawasan Gunung Bromo.

#2. Lokasi, Waktu Operasi, Harga Tiket

Macam yang kami ceritakan awal tadi, Gunung Bromo terletak diantara empat buah daerah iaitu Probolinggo, Pasuruan, Lumanjang dan Malang.

Waktu Operasi : 24 jam boleh rujuk di entri kami tentang Bromo sebelum ini.

Harga Tiket : Rp 220 ribu (RM 65) untuk hari biasa, Rp 320 ribu (RM95) di hari minggu.

 

#3. Tips Mendaki Bromo

Sebelum ini kami ada ceritakan secara detail jugak tentang tips ke Bromo, tempat menarik dan iteneri. Boleh buat rujukan di sini : Entri Berkenaan Bromo.

 

Untuk artikel kali ini, sekadar penambahan iaitu;

Pemilihan Waktu Mendaki

Biasanya orang ke Bromo nak kejar view sunrise. Kalau kesini pada musim kemarau, keadaan Padang Savana tidak cantik sangat, rumput akan kering. Gambar pun kurang ‘naik’. Seeloknya, pergi musim hujan. Pasi pesona padang savanna akan membuat korang ‘tangkap cintan’ dengan Bromo.

Sihat Tubuh Badan

Macam biasa, sebelum mendaki, pastikan keadaan badan kita adalah sihat dan boleh jogging dulu untuk dapatkan stamina. Selain itu, perlu korang tahu keadaan di Bromo agak sejuk, jadi silakan bawa pakaian yang bersesuaian seperti jaket, sarung tangan, topi, kain penutup muka dan sebagainya.

 

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah