Airbnb Perkenalkan Memasak Sebagai Pengalaman Baharu Di Airbnb Experiences

GAYA HIDUP
November 28, 2019 - 01:41 PM


Jika anda pengguna Airbnb, pastinya anda tahu yang platform berkenaan bukan hanya menawarkan kediaman untuk dijadikan penginapan tetapi turut menawarkan pelbagai lagi perkhidmatan seperti Adventure (Pengembaraan) dan Experience (Pengalaman).

Terbaru, Airbnb memperkenalkan memasak sebagai salah satu daripada kategori pengalaman yang boleh dicuba oleh pengguna dalam platfom mereka. Memasak merupakan salah satu kategori tambahan kepada pengalaman yang sudah ditawarkan di Airbnb .

Pengguna aplikasi berkenaan kini boleh mengakses kepada lebih daripada 3,000 resipi unik yang biasanya dimasak oleh keluarga di 75 buah negara seluruh dunia. Sebagai contoh, anda boleh mempelajari teknik masakan tradisional Uzbekistan.

Menerusi Airbnb Cooking Experience ini, secara tidak langsung pengguna boleh mempelajari sedikit sebanyak tentang tradisi sesuatu masyarakat atau tradisi setempat melalui makanan. Berlainan dengan kelas memasak yang sedia ada, kebanyakan pengalaman memasak ini akan dilakukan oleh mereka yang bekeluarga, pekebun, petani dan lain – lain.

Ini bermana, selain menyewa kediaman, anda kini boleh mempelajari atau tempah aktiviti memasak dengan tuan rumah anda (jika ditawarkan).

Sebagai langkah memastikan makanan yang bakal dimasak adalah menggunakan resipi asli dan dimasak secara tradisi, setiap pengalaman yang ditawarkan telah disahkan  asli menggunakan garis panduan yang dikeluarkan oleh Slow Food, sebuah organisasi yang mahu mengekalkan tradisi dan kebudayaan makanan tempatan melalui masakan asli.

Antara yang dihighlightkan oleh Airbnb adalah pengalaman memasak masakan tradisi Uzbek, membuat pasti di Perancis dan juga membuat pasta handmade di Itali.

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah