Perancis Dinobat Destinasi Ski Terbaik Dunia 2020!

VIRAL
December 02, 2019 - 11:39 AM


Val Thorens di Perancis iaitu sebuah lokasi peranginan ski yang tertinggi di Eropah telah dinobatkan sebagai 'Resort Ski Terbaik Dunia' bagi tahun 2020!

Gelaran itu berjaya dipertahankan oleh Val Thorens buat kali keenam berturut-turut di Anugerah Ski Dunia.

Mempunyai ketinggian 2,300 meter, Val Thorens menawarkan rangkaian cerun salji yang luas kepada pengunjung dan penggemar sukan ski.

Menariknya, pada tahun lepas, resort tersebut telah mewujudkan beberapa lagi tarikan baharu buat pengunjung yang bercuti di sana, antaranya melancarkan 'Ultra-Light Motorized Glider-Cum-Aircraft'.

Dengan menaiki kereta gantung itu, para pengunjung berpeluang menikmati panorama menakjubkan Pergunungan Alps dari ketinggian 3,195 meter selama 20 minit.

Bukan itu sahaja, malah Val Thorens juga membuka 'Zipline' baharu kepada pelawat, selain bermain ski 65 meter di atas lereng gunung salji sepanjang 1,600 meter dengan kelajuan sehingga mencecah 75 kilometer sejam.

Pemilihan Val Thorens sebagai Resort Ski Terbaik Dunia itu ditentukan menerusi undian oleh para profesional industri dan orang awam.

Berikut adalah beberapa pemenang bagi kategori lain di Anugerah Ski Dunia:-

Resort Freestyle Terbaik di Dunia 2019: LAAX (Switzerland)

Hotel Ski Terbaik Dunia 2019: W Verbier (Switzerland)

Hotel Ski Baru Terbaik di Dunia 2019: Le Massif (Itali)

Hotel Ski Hijau Terbaik Dunia 2019: Valsana Hotel & Appartements (Switzerland)

Hotel Butik Ski Terbaik di Dunia 2019: Ki Niseko (Jepun)

Chalet Ski Terbaik Dunia 2019: Chalet Les Anges, Zermatt (Switzerland)

Chalet Ski Baru Terbaik di Dunia 2019: Le Chalet Mont Blanc (Perancis)

Syarikat Resort Ski Terbaik di Dunia 2019: Bergbahn AG Kitzbühel (Austria)

Resort Ski Tertutup Terbaik di Dunia 2019: Ski Dubai (UAE)

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah