Malindo Air Mula Buka Laluan KL-Da Nang, Vietnam

VIRAL
December 02, 2019 - 02:40 PM


Bagi siapa yang ingin bercuti atau melancong ke Da Nang, Vietnam ini ada satu lagi pilihan penerbangan yang boleh dinaiki iaitu Malindo Air.

Syarikat penerbangan itu memperkenalkan laluan baharunya secara langsung dari Kuala Lumpur ke Da Nang bermula semalam (Ahad).

Ia merupakan destinasi ketiga Malindo Air di Vietnam selepas Hanoi dan Ho Chi Minh City.

Penerbangan KL-Da Nang itu akan bermula dengan :-

1) Kekerapan tiga kali seminggu dari 1 sehingga 8 Dis 2019

2) Kemudian meningkat kepada empat kali seminggu dari 9 hingga 12 Dis 2019

3) Bertambah enam kali seminggu dari 13 Dis 2019 sehingga 19 Jan 2020

4) Bakal ditingkatkan kepada penerbangan harian dari 20 Jan 2020 hingga seterusnya.

HOI AN

Sempena meraikan laluan baharu itu, Malindo Air menawarkan tambang pengenalan istimewa bagi Kuala Lumpur-Da Nang bermula daripada serendah RM669 sehala bagi Kelas Perniagaan dan daripada RM179 sehala bagi tambang Kelas Ekonomi.



Tambang istimewa itu boleh ditempah bermula sekarang sehingga 15 Dis 2019 bagi tempoh perjalanan dari 15 Dis 2019 hingga 19 Ogos 2020.

RUNTUHAN LAMA MY SON 

Ketua Pegawai Eksekutifnya Kapten Mushafiz Mustafa Bakri berkata pelancaran penerbangan terus ke Da Nang dari Kuala Lumpur itu mencerminkan usaha berterusan Malindo Air untuk memantapkan operasi serantau syarikat penerbangan tersebut.

”Kami gembira melancarkan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Da Nang, bandar bersejarah terkenal dengan beberapa Tapak Warisan Dunia UNESCO, termasuk Imperial City of Hue, the Old Town of Hoi An, dan runtuhan lama My Son,” katanya.

IMPERIAL CITY OF HUE 

Malindo Air adalah syarikat penerbangan berpangkalan di Malaysia dengan hab utama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Subang Skypark, Selangor.

Sumber: Bernama

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah