9 Tempat Beli-Belah Murah Di Melbourne Yang Wajib Korang Serbu!

JALAN-JALAN
January 07, 2020 - 12:24 PM


Ketika ini Australia sedang dilanda bencana alam apabila 6 juta hektar hutan dan belukarnya terbakar akibat fenomena Indian Ocean Dipole (IOD) di mana suhu permukaan laut lebih panas di bahagian barat lautan.

Meskipun kebakaran secara besar-besaran itu telah meragut nyawa serta memusnahkan flora dan fauna di sana, namun tidak dinafikan Negara Kanggaru sememangnya sebuah negara yang indah dan sering menjadi tarikan pelancong dari serata dunia.

Insya-Allah sekiranya kebakaran di Australia berjaya dipadamkan dan keadaan kembali terkawal, mungkin korang dah boleh sambung untuk berjalan-jalan dan membeli-belah di salah sebuah bandarnya iaitu Melbourne!

Mungkin ramai yang tak tahu sebenarnya Australia merupakan 'syurga beli-belah' bagi korang yang memang kaki shopping. Ini kerana orang kata harga di sana adalah jauh lebih murah jika nak dibandingkan dengan Eropah, Singapura dan Thailand.

Menerusi sebuah perkongsian di Facebook, wanita bernama Azlin Farida Abdul Hamid telah memberikan senarai tempat shopping yang wajib diterjah jika korang bercuti ke Melbourne dan beberapa bandar lain Australia.

1. CHEMIST WAREHOUSE

Bagi penggemar dan pengumpul minyak wangi korang wajib singgah shopping di Chemist Warehouse ini sebab harganya sangat murah dan sesuai juga kepada siapa yang nak beli set perfume untuk dijadikan hantaran kahwin.

Selain perfume, supplemen seperti berocca, blackmores, vicks hacks, fish oil, makeup, skincare, Cetaphil, syampu, baby essentials pun dijual dengan sangat murah.

Tak hairanlah kalau tempat ni selalu diserbu oleh rakyat China yang memborong supplemen memandangkan harganya yang sangat murah berbanding di tempat lain.

2. TARGET

Kalau korang sejenis yang suka shopping baju dan barang-barang rumah, Target adalah tempat yang paling tepat untuk korang shopping.

Di sini, pakaian wanita, lelaki, baju baby, permainan kanak-kanak dan barangan rumah semua dijual dengan murah-murah, semurah 2 Dolar Australia sahaja untuk t-shirt!

3. BIG W

Big W ini memang akan jadi syurga beli-belah kepada golongan wanita dan ibu-ibu kerana di sini segala barangan dapur seperti periuk, kuali dan pinggan mangkuk dijual dengan harga yang murah.

Bayangkanlah, set pinggan mangkuk jenama Corelle 1set tak sampai pun RM180 pun.

4. KMART

Selain menjual pakaian wanita, lelaki, kanak-kanak dan juga bayi, di sini juga terdapat barangan eletrik, hiasan rumah, dan kelengkapan bayi.

Permainan kanak-kanak berbentuk pembelajaran juga dijual di sini dengan harga yang berpatutan.

Hanya beberapa KMart sahaja yang dibuka 24 jam di sini, tetapi terletak di luar kawasan Melbourne.

5. VICTORIA MARKET

Kalau di Thailand terkenal dengan Chatuchak Market, di Australia pula popular dengan Victoria Marketnya.

Jadi kalau bercuti ke sini tempat makan dan membeli-belah ini adalah destinasi yang wajib korang singgah.

Victoria Market ada banyak menjual makanan tempatan, buah-buahan dan juga pelbagai cenderahati yang boleh korang beli untuk dibuat kenangan atau dihadiahkan kepada keluarga serta sahabat handai.

6. COLES

Coles adalah satu lagi pilihan jika anda ingin mencuba keenakan makanan tempatan rakyat Australia.

Selain itu, di sini juga ada menjual pelbagai jenis coklat, buah-buahan, lempeng, air kopi Dare, air coklat Barista dan bermacam lagi jenis makanan dan minuman.

Malah, Milo Australia pun ada di sini dan rasanya lagi sedap dari Malaysia!

Dah kenyang perut, jangan lupa untuk borong cenderahati dan bawa pulang ke tanah air.

7. WOOLWORTHS

Lebih kurang seperti Coles juga. Malah terdapat beberapa barangan di sini lebih murah berbanding di Coles. Tetapi ada juga sebaliknya. Pastikan anda membuat pembandingan harga untuk lebih jimat.

8. DFO OUTLET

DFO Outlet adalah lebih kurang sana dengan pusat beli-belah bertaraf Outlet di Malaysia.

Terdapat pelbagai jenama besar dan terkenal di sini seperti Bonds, Cotton On, Typo, Fila, Nike, Vans, Adidas, Puma dan banyak lagi.

Korang akan menyesal kalau tak membeli-belah di DFO Outlet ini sebab katanya harga di sini adalah jauh lebih murah jika nak dibandingkan dengan Johor Premium Outlet ataupun Mitsui di Malaysia, malah siap ada jualan murah tambahan lagi. Best, kan!

DFO Outlet ada beberapa cawangan di Melbourne dan yang paling dekat terletak di Wharf.

9. CHADSTONE SHOPPING MALL

Kalau korang menyewa kereta ketika bercuti di Australia, mungkin Chadstone Shopping Mall ini adalah lokasi membeli-belah yang korang takkan habis pusing dalam masa hanya beberapa jam.

Mana taknya, di sini semuanya ada serba lengkap. Ada Target, K Mart, Coles, Woolworths dan Chemist Warehouse dalam satu pusat beli belah.

Jika bawa kereta ke sini anda tak perlu risau tentang caj parking kerana ia adalah percuma!

Elakkan parking di ruang 60 minit kerana 60 minit tidak cukup untuk anda pusing keseluruhan pusat beli belah ini. Jadi sila parkir di tingkat atas.

TIPS MEMBELI BELAH DI AUSTRALIA

1) Belanja sebanyak 300 AUD dalam satu-satu kedai layak untuk tuntut cukai VAT. Boleh gabungkan resit selagi nombor ABN sama untuk setiap resit.

2) Tuntut Cukai (Tax Claim) boleh dibuat di Avalon Airport (Kalau naik Air Asia) di luar bangunan sebelum melalui Imigresen. Dapatkan cop dari pegawai yang bertugas. Selepas masuk dan melepasi imigresen, hantar resit yang dicop tadi untuk process tuntut cukai. Mereka akan minta kad kredit anda untuk rekod dan duit tuntut cukai tadi akan masuk selepas seminggu.

Sumber: Azlin Farida Abdul Hamid

Destination: 

❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah