Bermula Jun Ini, Jakarta Bakal Haramkan Beg Plastik!
VIRALJanuary 08, 2020 - 03:08 PM
Setelah tahun lepas, destinasi pelancongan terkenal Indonesia iaitu Bali melaksanakan larangan penggunaan plastik --- kali ini ibu negaranya pula mengikut jejak langkah sama.
Berkuatkuasa pertengahan tahun ini iaitu sekitar bulan Jun 2020, Jakarta bakal melarang penggunaan beg plastik di pasar-pasar jalanan dan pusat membeli-belah!
Keputusan itu dibuat selepas Gabenor Jakarta menandatangani peraturan berkenaan pada 27 Disember lalu selepas Agensi Alam Sekitarnya mengatakan tapak pelupusan di bandar itu hampir padat dan tidak dapat lagi menampung jumlah sisa pepejal dijana oleh kawasan metropolitan dengan 30 juta orang penduduk.
Dengan peraturan baharu berkenaan, selepas ini pemilik kedai dan gerai perlu menyediakan beg mesra alam kepada pengguna.
Bentuk plastik yang dilarang dalam peraturan berkenaan termasuk beg lateks, termoplastik dan polietilena.
Penalti akan dikenakan termasuk amaran bertulis dan denda antara $360 (RM1,473.30) dan $1,800 (RM7366.50), sehingga penggantungan atau penamatan permit perdagangan.
Untuk rekod, Jakarta yang sedang mengalami banjir besar sejak 31 Disember lalu hingga mengorbankan puluhan nyawa manusia juga tersenarai sebagai pelaku kedua terburuk mencemari laut dengan plastik.
Tangga teratas dimonopoli oleh China yang membuang lebih banyak sampah plastik di laut berbanding Indonesia menurut laporan Jurnal Sains pada 2015.
Sumber: Harian Metro
Destination:
❗️ Anda peminat One Piece? Jom dapatkan tiket Pameran Jelajah Asia One Piece "The Great Era of Piracy" ☠️di : https://www.ticket2u.com.my/event/30178?r=rll
#rileklah